
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pagi Isnin mengumumkan 17 Ogos depan (Isnin) ditetapkan sebagai hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir. Manakala 25 Ogos (Selasa) pula hari pengundian sekiranya berlaku pertandingan bagi merebut kekosongan kerusi DUN berkenaan. Pengumuman dibuat oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof selepas mempengerusikan mesyuarat khas suruhanjaya itu di Putrajaya. Pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir diadakan berikutan kematian penyandangnya, wakil PAS Datuk Hamdan Abdul Rahman. Pada sidang media, Abdul Aziz mengulangi peraturan yang ditetapkan sebelum ini iaiatu SPR tidak membenarkan parti-parti yang bertanding membina pondok panas dan meraih undi pada hari pengundian. - 10/8/2009
Tiada ulasan:
Catat Ulasan