SELAMAT DATANG

Isnin, 10 Ogos 2009

Mulia Dan Hebat Nya orang Melayu keranA Islam.

Salam,

Betul, tunggulah dalam PRU akan datang, apabila kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor jatuh dan kembali semula kepada UMNO/BN.

Ronnie Liu dan ADUN-ADUN dari DAP telah mula menunjukan keegoan masing-masing dengan kuasa yang ada sebagai EXCO dan ADUN. MB Selangor, Tan Sri Khalid mungkin tidak memiliki kuasa mutlak dan takut untuk bertegas walaupun mungkin beliau tidak bersetuju dengan tindakan Ronnie Liu itu.

a href="http://4.bp.blogspot.com/_aLYQfXHFubQ/SoAectif5RI/AAAAAAAABUM/d044nWBsprA/s1600-h/umno+%26+arak.jpg">Jika kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor terus berselisih faham dan menunjukkan keegooan masing-masing, rasanya peluang untuk kerajaan PR mempertahankan kemenangan dalam PRU ke 12 tahun 2008 yang lalu akan tergugat dan tidak akan bertahan lama apabila menjelang PRU ke-13 kelak.

Perselisihan antara parti-parti dalam PR bukan hanya mengenai isu arahan Ronnie Liu mengarahkan MBSA mengembalikan arak yang dirampasnya tetapi berkaitan dengan isu-isu yang lain. Ketiga-tiga parti saling bertelagah antara satu sama lain. Maka sebaiknya PR mengundur diri dan menyerahkan teraju kepmimpinan kerajaan Negeri kepada UMNO/BN semula. Mungkin apabila ketiga-tiga parti menjadi pembangkang semula terutamanya di Selangor, maka pemimpin-pemimpin dari ketiga-tiga parti boleh kembali bersatu menentang UMNO/BN seperti sebelumnya.

Ronnie Liu dan beberapa EXCO dari DAP dan EXCO dan ADUN dari PKR yang telah dikenal pasti perlu dipastikan kekalahan mereka jika mereka masih berminat menjadi calon dalam mempertahankan kedudukan mereka dalam PRU akan datang ini. Ini kerana kehadiran mereka ibrat duri dalam daging. Mereka ini juga ibarat kacang lupakan kulit dan kulit yang lupakan kacang yang dikandungnya.

UMNO/BN hanya menunggu masa untuk merampas kembali kerajaan Selangor dari PR.

Sekian dan wassalam,
para_jump101

Tiada ulasan:

Blog Yang Saya Lawati

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails