
Beliau berkata, pentadbiran sesebuah negeri tidak boleh meniru orang lain kerana terdapat perbezaan daripada segi sensitiviti, sosial budaya, tradisi dan amalan masyarakat setempat di negeri itu.
"Semua perkara ini perlu diambil kira. Kita mentadbir Kedah mengikut cara dan budaya Kedah, tidak boleh ikut budaya Kelantan atau sebaliknya," katanya pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah Ke-12 di sini hari ini.
Beliau menjawab soalan lisan Datuk Seri Mahdzir Khalid (BN-Pedu) yang ingin mengetahui adakah benar kerajaan negeri menjadikan Kelantan sebagai model dalam pentadbirannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan