
Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mengarahkan polis untuk menyiasat ada blog dan kenyataan yang dibuat oleh pemimpin pembangkang yang 'mencarutkan' Islam dalam komen mereka. Menurut beliau, dalam apa-apa pun keadaan, negara mempunyai undang-undang dalam salah satunya Akta Hasutan. "Harap pihak berkuasa siasat dan jika didapati ada kesalahan yang boleh disabitkan maka tindakan perlu diambil terhadap sesiapa pun yang menyebabkan perkara yang dikaitkan dengan hasutan," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di PWTC hari Isnin.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sebuah bloh yang menyiarkan kenyataan Ketua Pemuda Kebangsaan DAPSY yang juga Ahli Parlimen Rasah, Loke Siew Fook mengkritik tulisan pendakwah bebas Dr Ridhuan Tee Abdullah dalam Minggu Malaysia yang menolak cadangan agar anak yang dikandung oleh tunang Teoh Beng Hock menggunakan nama keluarganya. Ekoran tulisan itu, Siew Fook menuntut Dr Ridhuan memohon maaf dan akhbar-akhbar Cina mengaitkan isu berkenaan sebagai isu perkauman. Malah dalam blog yang menyiarkan kenyataan Siew Fook, ada komen yang mencarutkan Islam. Menurut Najib, undang-undang seperti Akta Hasutan bukan hanya ditujukan kepada Islam sahaja tetapi untuk semua agama dan juga kaum dalam negara ini. "Kalau kita menghina sesiapa dan penghinaan itu boleh menyebabkan ketegangan kaum maka tindakan boleh diambil disisi undang-undang hasutan negara kita," ujar beliau. - 10/8/2009
Biar sekarang…jangan nanti sudah terlambat
Cacamarba, mengarut dan sangat membimbangkan.Itu antara komen sebilangan pembaca Agendadaily melihat hu ha antara parti pakatan pembangkang khususnya terbaru PAS dan DAP di Selangor.Kebanyakan mereka sudah dapat membuat jangkaan bagaimana rupa bentuk gelagat masing-masing jika ditakdirkan seluruh negara ini jatuh dibawah naungan pakatan itu.Bagi mereka biar semua orang buka mata sekarang dari sudah terlambat.Sekalipun kebelakangan ini pakatan pembangkang cuba untuk gambarkan kononnya dapat berpadu dibawah satu bumbung perbezaan antara PAS dan DAP dan sikap ‘ play safe’ PKR membuka banyak ruang kepada sengketa berlarutan. - 10/8/2009
2 ulasan:
Mencarut kan tak boleh!... siapa kata boleh, tapi pada Malaysia Boleh!...boleh blah UMNGOK
Amiable brief and this enter helped me alot in my college assignement. Gratefulness you as your information.
Catat Ulasan