SELAMAT DATANG

Selasa, 9 Februari 2010

Hati-Hati Pas Jangan Sampai Rakyat Meluat Kepada Kita (Hanipa Maidin Peguampas)

email Hamba to Khalid Samad

Sebenarnya keputusan Pas untuk tidak mengadakan sebarang rundingan dengan amno adalah bercanggah dengan sikap nabi saw yang sanggup mengadakan perjanjian damai hudaibiah dengan musyrikin Mekah yang sebangsa dengan nabi saw.

Sebagai sebuah parti Islam bukan meluat manusia yang perlu diambil kira, tetapi bagaimana meneraju perjuangan yang bertepatan dengan sunnah rasulullah membimbing pengikutnya kejalan Islam cara yang betul mengikut nabi, bukan takut dengan sikap meluat pengikutnya yang jahil terhadap cara perjuangan nabi saw.

Kalau nak diukur kezaliman amno terhadap Pas dengan kezaliman musyrikin Mekah terhadap nabi saw dan para pengikutnya jauh lebih zalim musyrikin Mekah. Adakah ianya melahirkan sikap berdendam nabi terhadap mereka?Tetapi atas rasa cintanya nabi terhadap kaumnya di Mekah, sanggup baginda mengadakan perjanjian damai Hudaibiah dengan mereka walau pun perjanjian tersebut berat sebelah dan menjadi perbalahan dengan para sahabat baginda.

Apa yang nabi pentingkan ialah mesej mengajak manusia beriman kepada Allah dan kuasa yang diperolehi adalah dari aqidah yang kental yang di tanam oleh nabi kepada mereka yang ingin bersama Islam. Tetapi apabila Pas lebih mementingkan ghanimah kuasa dalam kemenangan pilihan raya maka lahirlah keutamaan memikirkan cara bagaimana mahu menang dalam pilihan raya walau pun cara tersebut tidak mengikut cara nabi saw. Atau apa yang di panggil" matlamat menghalalkan cara".

Sebenarnya jika diteliti, binaan kerangka asas pakatan rakyat yang dibuat oleh Pas,PKR dan DAP adalah tidak sama apa yang dibina oleh nabi saw di dalam membina Pakatan Rakyat Madinah.Apabila tidak sama, seluruh strateginya adalah tidak sama dengan apa yang digariskan oleh nabi saw.

Adalah diharapkan usaha rundingan Pas dan Amno akan dapat mengembalikan Pas kepada landasan yang telah dibina oleh nabi saw dan itu adalah juga satu kemenangan permulaan.Agaknya nabi lebih meluat dengan kita kerana lebih mementingkan ghanimah kuasa dari mengajak manusia beriman dengan Allah.Wassalam



Tiada ulasan:

Blog Yang Saya Lawati

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails