SELAMAT DATANG

Selasa, 9 Februari 2010

Terkini MB Perak: Mahkamah Kekalkan Zamby rotti canai MB Perak...





PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan di sini hari ini memutuskan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir kekal sebagai Menteri Besar Perak yang sah.Keputusan itu diumumkan oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff yang mengetuai panel lima hakim.





KUALA LUMPUR, — Penantian hampir setahun siapakah yang menerajui Perak sebagai Menteri Besar akan terjawab apabila Mahkamah Persekutuan bersidang untuk mengumumkan keputusannya pagi ini.Keputusan dijangka diumumkan kira-kira 9.30 pagi ini.

Panel lima hakim yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff, akan mengumumkan keputusan mereka sama ada Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir daripada Barisan Nasional (BN) kekal sebagai Menteri Besar atau Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin daripada pakatan DAP-PKR-PAS, mendapat semula jawatan itu.

Penghakiman itu juga akan merungkai isu perlembagaan sama ada ketua negeri boleh membuat pertimbangan dengan mengatasi undang-undang sedia ada, dalam menentukan sama ada ketua kerajaan telah hilang kepercayaan daripada majoriti wakil-wakil yang dipilih.

Selain Alauddin, panel hakim berkenaan dianggotai Hakim Besar Malaya Tan Sri Arifin Zakaria dan hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin, Datuk Wira Ghazali Mohd Yusoff dan Datuk Abdull Hamid Embong.

Ini merupakan rayuan peringkat terakhir bagi Nizar dalam cubaannya mendapatkan semula jawatan Menteri Besar Perak. Bagaimanapun, pihak yang kalah dalam sesuatu kes mahkamah, boleh memohon Mahkamah Persekutuan menyemak semula penghakimannya mengikut Peraturan 137 Peraturan-peraturan Mahkamah Persekutuan bagi mencabarnya berdasarkan hujah daripada sudut perlembagaan.

Panel hakim itu telah menangguhkan penghakimannya pada 5 Nov lalu setelah selesai mendengar hujah para peguam yang mewakili Zambry dan Nizar dalam kes berkenaan.

Konflik tentang siapakah yang sebenarnya berhak menjadi Menteri Besar Perak, timbul tahun lepas apabila tiga wakil rakyat daripada pakatan DAP-PKR-PAS meninggalkan parti masing-masing untuk menjadi wakil Bebas dan menyebabkan kedua-dua pihak mempunyai jumlah kerusi yang sama iaitu 28, dalam Dewan Undangan Negeri Perak yang mempunyai 59 kerusi.

Mereka ialah Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering), yang meninggalkan PKR pada 30 Jan dan mengisytiharkan diri sebagai anggota Bebas yang menyokong BN. Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Jelapang Hee Yit Foong daripada DAP mengikut jejak mereka empat hari kemudian.

Berikutan perkembangan itu, Sultan Perak, Sultan Azlan Shah menitahkan Nizar iaitu anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Pasir Panjang, supaya melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar dan menitahkan Zambry mengangkat sumpah menduduki kerusi itu pada Februari tahun lepas setelah mengisytiharkan bahawa BN mempunyai majoriti dalam dewan undangan negeri itu.

Pada 13 Feb tahun lepas, Nizar mengambil tindakan

undang-undang bagi mendapatkan perisytiharan bahawa beliau adalah Menteri Besar Perak yang sah dan memohon perintah mahkamah bagi menghalang Zambry daripada menunaikan tugas sebagai Menteri Besar.

Pada Mei tahun lepas, dalam keputusannya, Mahkamah Tinggi mengembalikan kedudukan Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah, sebelum Mahkamah Rayuan mengubah keputusan itu dan mengisytiharkan bahawa pelantikan Zambry sebagai Menteri Besar Perak adalah mengikut perlembagaan.M/I

Gambar sumber : albanjari









--


Tiada ulasan:

Blog Yang Saya Lawati

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails