Mahkamah Era Tun Zaki
Selepas pemecata
Hakim-hakim Mahkamah Tinggi juga telah menunjukkan sikap ‘bebas” dan berani dalam beberapa kes sejak kebelakangan ini. Bebas dan berani ini dalam konteks kehakiman ialah berani membuat keputusan berdasarkan fakta dan undang-undang serta Perlembagaan tanpa mengira sama ada keputusan itu popular atau tidak, sama ada dipuji atau dicemuh orang ramai. Hakim-hakim tidak sepatutnya mengambil kira sama ada pembangkang atau kerajaan menyokong keputusannya; keputusan yang bijak dan adil adalah tanggungjawab mereka.
Antara contoh-contoh ketegasan Mahkamah Tinggi membuat keputusan yang berani dan bebas baru-baru ini adalah:
• Kes Mahkamah Tinggi yang membenarkan penggunaan perkataan “Allah” dengan syarat tidak disalahgunakan oleh majalah Herald milik Gereja Katolik Malaysia;
• Kes Mahkamah Tinggi di Bintulu yang mengiktiraf hak Orang Asal Sarawak berhubung tanah adat (NCR); dan
• Kes Mahkamah Tinggi di Kucing yang mengiktiraf konsep adat Melayu “serah” dalam tuntutan pampasan penat lelah dalam usaha membangunkan tanah.
Mahkamah Persekutuan juga membuat keputusan yang tepat dalam soal “indefeasibility of title” dalam Kanun Tanah Negara bila mereka menolak keputusan awal yang sungguh tidak masuk akal. Mahkamah sekarang nampaknya lebih berwibawa jika dibandingkan dalam tahun-tahun 1990an daulu.
Kini apa yang ditunggu oleh rakyat ialah sama ada Mahkamah kita akan berani dan bebas dalam membuat keputusan yang adil dan tepat dalam kes-kes “politik”. Kes-kes ini akan menentukan sama ada hakim-hakim akan benar-benar bebas atau masih terikat dengan cara lama waktu zaman Mahathir dahulu. Cara lama ialah di mana beberapa hakim “sub standard” digunakan untuk membuat keputusan yang memihak kepada kerajaan atau orang-orang tertentu sahaja dengan mengenepikan prinsip undang-undang dan Perlembagaan tanpa rasa malu.
Sebab itulah keputusan kes Menteri Besar Pakatan Rakyat lawan Menteri Besar Barisan Nasional di Perak minggu depan akan menjadi penentu sama ada Mahkamah era Tun Zaki akan berbeza dengan era sebelum ini. Ia akan menentukan sama ada amalan demokrasi berperlembagaan dan kedaulatan undang-undang (rule of law) akan wujud semula di Malaysia.
Kalau Menteri Besar Mohd Nizar Jamaluddin yang dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya umum 2008 menang dalam kes ini, maka kita yakin pemulihan Mahkamah telah bermula dan roh arwah Tun Suffian tidak perlu menunggu 50 tahun lagi untuk menyaksikan pemulihan badan kehakiman di Malaysia. Sebaliknya, kalau seorang lagi yang telah merampas kuasa melalui politik melompat yang diisytiharkan menang, maka kita akan kembali kepada zaman perundangan gelap seperti suatu masa dahulu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan