SELAMAT DATANG

Rabu, 10 Februari 2010

Komen MB Kedah Sebiji Macam Umno

Ketika penyokong Pakatan Rakyat kecewa dengan keputusan Mahkamah Persekutuan di Putrajaya umum Zambry sebagai MB Perak yang sebenar bukan MB Nizar,maka Ust Azizan pun buat komen sebiji macam orang Umno bercakap.Kalau takat nak kata kita terima keputusan Mahkamah sahkan Zambry sebagai MB Perak tak payah cakap lagi baik,buat menyakit hati saja bukan jadi penawar duka pun tambah meluat ada dengan cara bercakap tu.

Kita nak cakap loyar buruk pun tengok tempat la jangan loklaq tak ketawan hala.Takat bercakap nak bagi orang gelak dan syok kita cakap sekali dua bole la,lama-lama orang tau kata kita pun tak berapa cerdik bila bercakap!

"Tak pa lah, itu kerja mahkamah, kita berharap ia adalah satu keputusan yang adil dan saya tiada apa yang nak komen kerana mahkamah telah buat kerja dia dan Zambry adalah menteri besar yang diumumkan oleh mahkamah," kata beliau ketika dihubungi di sini.-mStar Online/Bernama

Kalau semua tak pa buat apa sibuk naik Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan isu dun Kota Seputeh di Kedah? Terima saja lah buat apa nak minta Mahkamah istihar kerusi dun tu kosong?

Daripada keputusan kes Nizar tu juga seolah-olah hakim-hakim Mahkamah Tinggi di Malaysia ni tak berapa 'cerdik dan pandai' yang bagus-bagus semua Hakim Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan saja.Hakim-hakim Mahkamah Tinggi macam tak ada 'class' saja bila setiap kali kes memihak Pakatan Rakyat, bila sampai Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan kes yang diadili semua boleh jadi terbalik keputusan! Apa yang tak kena kita rakyat jadi pening.

MISAIMERAH


Tiada ulasan:

Blog Yang Saya Lawati

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails