TAK PAYAH MUZAKARAH DAH DENGAN PUAK THOGHUT NI, BUKAN MASANYA LAGIUstaz Mohd Nazir Zakaria

Bila tengok misaimerah tulis dalam blog dia
“UMNO PAS akan jadi adik abang?, tingat la perjuangan Rasulullah saw dulu berdepan dengan bapak saudaranya. Kalau nak diajak berbincang dengan tajuk
"kenapa UMNO tolak perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS” jawapannya, tak payah diajak berbincang UMNO nih, kerana memang lumrah perjuangan Islam akan ditentang oleh orang yang terdekat. Tak kira adik abang, anak saudara ngan bapa saudara mahu pun anak dan ayah. Jawapan yang paling jelas ialah kenapa Abu Lahab tolak perjuangan Rasulullah saw walau pun Muhammad saw digelar al-Amin, tapi ditolak juga kerana apa? kerana kepentingan. Kepentingan pangkat dan hartabenda.

Bukan berhala-berhala batu yang ada itu sangat yang menjadi
ilah al-maksud tetapi kepentingan yang ada disebalik 360 berhala-berhala yang ada dikeliling Kaabah tu. Setiap berhala itu ada tabung yang setiap pemimpin pada waktu itu adalah CEO kepada setiap berhala yang ada. Itulah Ilah yang sebenarnya yang menyelubungi aqidah mereka. Abu Talib lagilah hebat, banyak bantu, pertahan dan tolong Nabi saw tapi mati kafir juga kerana apa? kerana Abu Talib berjuang bukan kerana Allah dan Rasul, tetapi dia berjuang kerana kebangsaan, kerana Muhammad tu anak menakan aku, darah daging aku, bangsa aku.

UMNO & pemimpinnya pun begitulah juga, semua nak menjadi CEO-CEO kepada berhala kebendaan (Syarikat, GLC & Yayasan) yang dipuja dan direbut hingga sanggup buat apa sahaja kerana semata-mata nak mempertahankan berhala-berhala itu. Kemungkaran-kemungkaran inilah yang sebenarnya menjadi tajuk utama perjuangan Nabi-Nabi as mengajak mereka kembali kepada mengabdikan diri hanya kepada Allah dan menjauhi berhala-berhala yang dicintai, dipuja, dan yang dijadikan maksud (tujuan).
Kita baca sirah nabi, apa yang tak dibuat (sahabat-sahabat diseksa), tak dikata (Mengakafirkan agama datok nenek moyang mereka & pemecahbelah masyarakat), tak ditawarkan kepada Nabi dan pejuang-pejuang (harta tahta wanita).

“lakum dinukum waliyadeen” arahan dari Tuhan datang sebagai keputusan. Dari dianggap agama baru ini tidak member kesan apa kepada mereka (Parti Tok Lebai dan Parti Kampung) hinggalah mereka berasa gerun dengan sokongan yang semakin hebat yang diberikan kepada perjuangan Rasulullah saw walaupun perjuangan itu diserang, dihentam dan diuji dengan bermacam-macam ujian.
Nabi Berjaya menguasai 2 kampong iaitu Bani Muttalib dan Bani Hashim, Nabi di kenakan sekatan Ekonomi selama 3 tahun bekalan (royalty & geran) ditahan dan macam-macam yang dilakukan. Namun sokongan semakin hebat. Lalu dihantar Utbah bin Rabiaah untuk diajak berbincang soal perpaduan dengan syarat yang amat memalukan. Bahkan pernah dicadangkan agar Nabi dibunuh agar Islam hilang dipersada alam ini (Diharamkan Nama Islam), Abu Talib (raja-raja) yang mati kafir telah menyelamatkan Rasulullah.
Inilah yang berlaku dihadapan kita pada hari ini……Abu Lahab, Abu Jahal dan Abu Talib (Jahiliyyah) Moden yang bernama UMNO sedang bermaharajalela dengan ilah-ilah (berhala) harta tahta wanita yang bergelumang dengan dosa-dosa syirik yang amat dahsyat yang sanggup berbuat apa sahaja

demi berhala-berhala itu. Kita tak perlu berbincang lagi dengan mereka yang pasti ialah kewajipan kita memerangi mereka hingga ketitisan darah yang terakhir mempertahankan negeri-negeri yang kita menangi setelah berlakunya hijrah beramai-beramai (tsunami) pada 2008 yang lalu.
Sekitar 1980an sewaktu kita diganyang dengan begitu hebat, ketika kita jenuh dengan tarbiyyah dan tamrin hingga kita berupaya mengharungi segalanya dengan kata-kata keramat
“ISLAM BERDIRI DI ATAS KERUNTUHAN JAHILYYAH DAN ISLAM TIDAK DATANG MEMPERBAIKI JAHILIYYAH” hinggalah kita berupaya dan Berjaya membuat perubahan yang hebat pada 1990an hingga kini maka tidak sepatutnya kita bermuzakarah lagi dengan penjaga-penjaga berhala moden ini. Apa yang penting sekarang ialah kita berusaha mengatur strategi serta mengisi kemenangan ini agar dapat dijadikan teladan kepada rakyat agar terus berhijrah dan tertegaknya Daulah Islamiyyah di atas keruntuhan Jahiliyyah dengan berlakunya “fathul Putrajaya” selepas PRU13 nanti. Wallahu a’lam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan