Hari ini Isnin 21 Jamadil Akhir 1430 / 15 Jun 2009 permulaan mesyuarat kedua penggal kedua Parlimen ke 12.

Bagaimana keadaan menjadi kecoh apabila Nizar menjerit "Bubar-bubar. .bubar DUN Perak" beberapa kali. Ini mengejutkan ramai Ahli Parlimen termasuk YAB Tan Sri Speaker.
Setelah itu berlaku kekecohan apabila Ahli Parlimen khususnya daripada DAP & PAS memakai kain lilit kepala hitam bertulis "bubar DUN" sambil berdiri menjerit-jerit "bubar..bubar. .bubar DUN Perak". Ahli Parlimen BN bertindak balas dengan menjerit menuntut lilit kepala itu dibuka.
YAB Tan Sri Speaker kemudian mengarahkan Nizar dan beberapa orang Ahli Parlimen lain iaitu YB Ngeh (DAP), YB Nga Kor Ming (DAP), YB Gobala (PKR), YB Dr. Hatta (PAS), YB Dr.Dzulkefly Ahmad (PAS), YB Mahfuz (PAS) dan beberapa orang lain supaya membuka kain lilit tersebut dan berhenti jerit-menjerit. Beberapa orang hadirin dikalangan awam yang memakai kain lilit tersebut juga diarah menanggalkannya.
Apabila arahan tersebut tidak dipatuhi, YB Tan Sri Speaker telah memerintahkan mereka semua supaya keluar daripada Dewan. Ini bermakna mereka tidak boleh menghadiri sidang untuk dua hari sehingga esok.
Saya agak kesal dengan kejadian yang berlaku didalam Dewan Parlimen sebentar tadi. Saya sedar bahawa apa yang berlaku di sidang Dewan Undangan Negeri Perak iaitu pengusiran Speaker DUN YAB Sivakumar adalah sesuatu diluar batasan undang-undang dan mengundang kemarahan melampau. Tindakan yang dibuat oleh BN dengan "merampas kuasa Speaker" dengan cara yang sangat tidak bertamaddun adalah sangat tidak wajar.
Namun tindakan yang sewajarnya adalah dengan membawa pertikaian itu secara sivil dan bertamaddun, iaitu antaranya dengan membawanya ke Mahkamah, atau kita turun memberi penerangan kepada rakyat dengan cara ceramah, berkempen atau siaran di media dan lain-lain agar rakyat memahami isu ini dan menolak kerajaan BN dalam pilihanraya akan datang.
Sepatutnya kita mengawal amarah kita dengan cara yang lebih sopan dan bertamaddun. Kita sepatutnya memberikan contoh tauladan yang baik kepada generasi anak Malaysia diluar dewan sana. Fokus kita sepatutnya kearah menangani dan menyelesaikan masalah ummah, rakyat dan negara.
Kita tidak sepatutnya meletakkan taraf kita setaraf dengan BN. Dalam bahasa Inggeris, "we don't stoop to their low level". Jangan kerana BN bertindak secara tidak sivil dan bertamaddun, maka kita pun membalas dengan bersikap yang sama.
Moga ALLAH menganugerahkan kita akhlak yang baik, mempertingkatkan sifat mahmudah dalam diri kita dan mengampunkan kita atas kelemahan kita.
Wallahua'lam dan wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu
Isnin
21 Jamadil Akhir 1430
15 Jun 2009
2 ulasan:
Salam....
Apa apa pun, Abang Mad tetap idola anak muda seperti kami. Dia bukan profesional. Dia bukan ulama. Dia aktivis. Aktivis inilah yang banyak bersama dengan kami di jalanan. Bukan yang ulama. Bukan yang profesional.
Sukar untuk nilai keikhlasan perjuangn sang ulama. Sukar juga untuk menilai keikhlasaan perjuangan sang profesional. Namun, amat mudah untuk menilai keikhlasan, kejujuran dan kesungguhan perjuangan golongan aktivis.
Takde manusia yang mahu dan suka dirinya disakiti oleh polis kecuali golongan pejuang kental. Kami bukannya gila untuk tidak kisah dengan belantan polis. Kami bukannya gila untuk tidak kisah dengan gari dan lokap polis. Kami bukannya gila untuk tidak kisah bila polis mandikan kami dengan air kimia yang gatal dan pedih itu.
Kami amat bangga apabila pimpinan yang kami sayangi turut melalui jalan derita yang kami lalui ini. Pimpinan itu tidak lain tidak bukan melainkan Abang Mad yang kami kasihi.
www.saynotomunafiqeen.blogspot.com
Takbir! kita serupa..... InsyaAllah apapun ada hikmah disebalik kejadian dan peristiwa yang berlaku. Bersabarlah!
Catat Ulasan