SELAMAT DATANG

Jumaat, 25 Disember 2009

BUKAN BANYAK MANA - DR M

Semua sekali saya tak fikir sampai RM10 billion…


Tun Dr Mahathir Mohamad menggangarkan beberapa kerugian besar yang dialami kerajaan sepanjang pentabirannya selama 22 tahun tidak sampai RM10 billion.

Menjawab dakwaan yang terkandong dalam buku Malaysian Maverick karangan Barry Wain,bekas Perdana Menteri itu berkata jika jumlahnya mencecah RM100 billion kerajaan pasti ‘sudah parah’.

Antara yang disenaraikan dalam buku itu ialah kerugian dalam pembelian timah dari spekulator,dagangan mata wang asing Bank Negara dan Bank Bumiputra di Hong Kong.

Dalam tulisan terbaru dilaman blognya beliau berkata, “ semua sekali saya tidak fikir jumlahnya sampai RM10 billion.Jika kita rugi RM100 billion kerajaan sudah parah.”

Dalam urusa niaga timah beliau menjelaskan kerugian berlaku kerana bila tiba masanya timah itu perlu dihantar, para spekulator tidak dapat menghantar timah dalam bentuk sebenar dan serentak dengan itu Bursa Logam London pula memutuskan para spekulator tidak perlu menghormati perjanjian.

“Kita rugi wang tetapi tidak berbillion seperti didakwa,”katanya.

Dr Mahathir berkata beliau tidak tahu jumlah sebenar Bank Negara rugi dalam urus dagangan mata wang asing.

Katanya kerajaan menghentikan urusan berkenaan dan kerugian tidak seperti didakwa oleh Barry Wain.

Beliau berkata sekalipun pertumbuhan Negara agak lemah dalam beberapa tahun,tetapi kerajaan tidak pernah gagal memenuhi semua komitmen kewangan termasuk perkhidmatan pembayaran balik hutang.

"Malah, kita pada masa itu memiliki wang secukupnya untuk membayar hutang lebih awal,”ujarnya.

Dr Mahathir juga membidas tindak tanduk Barry Wain,bekas wartawan Asian Wall Street Journal dan Asia Week yang kini dengan sebuah kumpulan pemikir Singapura, Institute of Southeast Asian Studies hanya berani menulis mengenai keburukan pemimpin Malaysia.

Katanya penulis itu tahu jika dia menulis buruk mengenai pemimpin Singapura dia akan diheret ke mahkamah,di saman dan kena bayar ganti rugi besar.

Menurutnya ramai penulis yang sudah didapati bersalah memfitnah bila mereka tulis sesuatu yang tidak digemari oleh pemimpin republik itu sebaliknya selamat kalau di Malaysia.

Dr Mahathir berkata semasa pentabirannya beliau telah melaksanakan projek-projek yang dapat dilihat oleh rakyat seperti Jambatan Pulau Pinang,Menara Berkembar KLCC,Lapangan Terbang KLIA ,LRT,monorail,komuter,Proton,Cyberjaya,pembangunan Langkawi Pelabuhan Utara di Klang dan sebilangan lebuhraya.

“ Saya tidak fikir Barry Wain merujuk kepada projek-projek ini bila dia kata saya hanguskan RM100 billion wang kerajaan,”katanya.-24/12/2009





--------------------------------------------------------------------------------


Dakwaan RM 100 billion hangus: Kit Siang mahu Dr Mahathir saman sekarang



Lim Kit Siang tidak tunggu lama untuk menjawab kesediaan Tun Dr Mahathir Mohamad menyahut cabarannya ditubuh Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat dakwaan RM 100 billion hangus semasa pentabiran bekas Perdana Menteri itu selama 22 tahun seperti yang terkandong dalam buku karangan Barry Wain " Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times ".

Orang kuat DAP itu yang kini berada di Tokyo,Jepun dalam reaksi segera yang ditulis dalam laman blognya sebaliknya mempersoalkan mengapa Dr Mahathir tidak terus saman beliau jika cabarannya itu satu fitnah.

Beliau bertanya kenapa Dr Mahathir hanya akan samannya selepas memperolehi hasil siasatan suruhanjaya itu.

Beliau sebaliknya mendakwa Dr Mahathir akan berusaha menyekat pembentukan suruhanjaya dengan mendakwa mendapat sokongan ramai secara terbuka untuk tujuan itu. – 23/12/2009







--------------------------------------------------------------------------------


Dakwaan RM100 billion hangus: Dr Mahathir bersuara...




Sejak buku " Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times ", tulisan,Barry Wain dilancarkan awal bulan Disember ramai yang tertunggu-tunggu apakah reaksi Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tuduhan macam-macam yang dibuat oleh bekas wartawan Asian Wall Street Journal itu khususnya bekas Perdana Menteri itu bertanggongjawab menyebabkan wang negara berjumlah RM100 billion ‘ hangus’ untuk projek mega dan rasuah semasa pemerintahannya selama 22 tahun menjadi bualan hangat.



Petang Selasa Dr Mahathir bertindak.Menerusi laman blognya yang popular http://chedet.co.cc beliau menyahut cabaran yang dibuat oleh orang kuat DAP Lim Kit Siang agar kerajaan menubuhkan sebuah Suruhanjaya Diraja menyiasat setelus mungkin segala dakwaan itu.

Serentak dengan itu beliau meminta kerajaan melepaskan jualan buku itu jika ia ditahan ‘ kerana saya tidak memerlukan perlindungan kerajaan’.

Katanya suruhanjaya berkenaan tidak harus dianggotai oleh wakil kerajaan tetapi mereka yang berkelayakan termasuk orang asing dan ahli Transparency International.



Namun kata Dr Mahathir siasatan suruhanjaya itu tidak harus terikat pada beliau sahaja tetapi juga meliputi zaman pemerintahan bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi.

Beliau antara lain menyebut siasatan harus meneliti bagaimana wang Petronas sebanyak RM270 billion yang dibayar semasa zaman Abdullah dibelanjakan, kerugian dialami kerajaan kerana membatalkan projek Jambatan Bengkok di Tambak Johor dan kos jambatan kedua Pulau Pinang.

Katanya untuk memastikan siasatan suruhanjaya itu berjaya kerajaan harus setuju untuk memberi akses penuh kepada suruhanjaya itu semua dokumen dan akaun kerajaan dari tahun 1981 hinggalah 2009.

Bekas Perdana Menteri itu berkata penulis Barry Wain harus membekalkan bukti berbentuk dokumen segala wang yang beliau dakwa ‘ hangus ’ semasa pentabirannya.

Dr Mahathir memberi jaminan beliau akan kerjasama penuh pada siasatan yang dijalankan.

Dalam pada itu katanya, bergantung pada hasil siasatan suruhanjaya itu beliau berhak saman fitnah terhadap Barry Wain, Lim Kit Siang dan portal berita internet Malaysiakini.com untuk satu jumlah yang ditentukan kemudian.-22/12/2009


Tiada ulasan:

Blog Yang Saya Lawati

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails