
Program tersebut telah disertai hampir 150 orang terdiri dari Ahli-ahli dan Penyokong PAS Kawasan.
"Program hari keluarga ini merupakan program yang pertama diadakan selepas 5 tahun Pas Kawasan Putrajaya ditubuhkan. Diharapkan program seumpama ini akan dapat diadakan setiap tahun kerana program seumpama ini dapat menghimpunkan seluruh ahli dan dapat merapatkan hubungan silaturrahim sesama ahli." ujar Ustaz Nazir ketika berucap dalam ucapan perasmian perogram tersebut.

Rata-rata ahli sangat gembira dengan permainan-permainan yang diadakan, lebih-lebih lagi permainan tuju kasut (lontaran Pejuang) kerana mengingatkan zaman silam sewaktu kanak-kanak dahulu.
"Walaupun mengambil masa yang terlalu singkat, hanya 3 jam sahaja program ini amat bermakna. InsyaAllah pada masa akan datang kita akan cuba mencari tempat yang lebih sesuai dan murah untuk kita adakan program seumpama ini. Hari ini sewa tempat sahaja mencecah RM 360.00 untuk 3 jam." ujar Sdr Roshidi Wahab Setiausaha PAS kawasan.

Orang ramai yang hadir begitu berpuashati dengan program yang diadakan dan berharap program sedemikan yang boleh menghimpunkan ahli-ahli dan keluarga dapat terus diadakan pada masa-masa yang akan datang.
Di akhir program, hadiah-hadiah yang tak seberapa telah diberikan kepada pemenang-pemenang acara sukaneka. Sebelum itu cabutan bertuah turut memeriahkan lagi suasana program hari keluarga tersebut.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan