
Ia mengandungi empat perkara asas iaitu demokrasi yang telus dan tulen, memacu ekonomi berprestasi tinggi, keadilan sosial dan pembangunan insan dan hubungan persekutuan - negeri dan dasar luar negara.
Dalam usaha kegairahan Pakatan Tiga Parti Pembangkang iaitu PAS,PKR dan DAP yang telah siap sedia menubuhkan satu lagi Parti Pakatan antara parti-parti Politik negara ini,maka PAS sebagai parti yang kukuh dengan penyokong tegar nya sendiri kena berhati-hati dalam pergabungan ini.
PAS Boleh Hidup tanpa DAP dan PKR,terbukti selama ini gigih berjuang dengan perjuangan yg jelas kerana Islam.PKR pula tanpa PAS nampak sangat rapuh dan sangat memerlukan gerak sokongan PAS dalam mengerkkan jentera pilihanrayanya.
Tanpa sokongan PAS sudah pasti PKR dan Anwar berkubur lebih awal di arean Politik negara.DAP pula juga ada penyokong tegar sendiri dari kaum Cina tapi tidak sekuat mana kerana Kaum Cina ada parti GERAKAN dan MCA yang memecah belahkan parti2 kaum Cina.Jadi kekuatan DAP tidak kemana dan tidak akan memerintah negara pun kalau begerak sendiri.
Percaturan PKR dan DAP mengajak PAS bersama2 berjuang dalam satu Pakatan Gabungan Pembakan "PAKATAN RAKYAT" sebenarnya hanya menguntungkan parti PKR dan DAP.
DAP ingin berkongsi kekuatan untuk dapat memerintah negara dan ketika itu sudah pasti kesamarataan semua kaum di tuntut,maka ketika itu apakah suara PAS dipandang tinggi apa bila Pakatan telah berkuasa.PKR juga ingin menumpang kekuatan jentera parti PAS dan DAP agar usaha memertabatkan Anwar sebagai Perdana Menteri tercapai.
Setelah berjaya adakah Anwar akan mengikut telunjuk kehendak Pas mengenai Perjuangan Islam,jika ya sudah tentu sekarang dan ketika ini Anwar masuk sebagai ahli PAS.
Jadi apakah kelebihan arti PAS jika bergabung dalam Parti ini,adakah agenda perjuangan Pas keatas memertabatkan Islam sebagai Perlembagaan atau mertabatkan Hukum Hudud di negara ini dengan mudah tercapai dengan kemenangan Pakatan Rakyat dalam pemilihan raya ke 13 nanti.
Saya tidak nampak PAS boleh memertabatkan ISLAM dalam pergabungan 3 tiga Parti Pembangkang ini,apa yang saya nampak hanyalah untuk menumbangkan BN atau Umno tunjak kuasa orang-orang Melayu.Dalam konvesyan yang baru-baru ini pun dengan jelas tidak di sebut pun Perkataan Mendualat Hukum Hudud jika kemenangan Pakatan Pembangkang.Malah jika di sebut Hukum Hudud sudah tentu kacau bilau penubuhan pakatan pembangkang.Jadi PAS terpaksa menyembunyikan semangat ingin meninggikan syiar islam atau mengangkat Hukum Hudud sebagai undang-undang negara sementara waktu demi penubuhan Pakatan Rakyat.
Adakah menyembunyikan api dalam sekam boleh mententeramkan keadaan dalam PAS,mententeramkan hati ahli-ahli PAS,jawapannya tunggulah bila apai dalam sekam menunjukan taring sebenarnya,bukan saja menghancurkan Pakatan Rakyat malah membinasakan siapa saja,apabila Api dalam sekam membara membakar.Fikir-fikirkanlah PAS jangan jadi pak turut?."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan