
Rosli mengambil tindakan itu ekoran keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu yang meminta beliau tinggal berasingan (mufarakah) dengan isteri keduanya, Ilyani Mohd Noor, 30 kerana perlahwinan mereka pada Disember tahun lepas diragui kesahihannya. (Oh... rupanya ahli Dewan Pemuda Pas ini juga beristeri dua!).
Menurut kenyataannya dia berbuat begitu kerana mengambil tanggungjawab untuk menjaga imej parti. Jaga imej parti! Kenapa jaga imej parti selepas berkahwin satu lagi dan tidak terfikir sebelum melangsung perkahwinan. Apa yang boleh disimpulkan perkahwinan kedua itu tentu menghadapi masalah.
Kerana itu saya tidak nampak kenapa beliau sampai perlu mengambil keputusan demikian? Apakah keputusan mahkamah itu menjejaskan nama baik partinya, parti Pas?
Atau beliau berbuat demikian kerana ingin memperli menantu Menteri Besar, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman agar berbuat demikian. Umum sudah mengetahui dua tiga hari ini Rosli begitu beriya mendesak mahukan Ariffahmi melepaskan jawatan sebagai CEO untuk menjaga imej parti.
Apa yang saya tidak faham dan mengerti dengan tindakan Rosli ini, apakah keputusan mahkamah itu benar-benar boleh menjejaskan nama baik parti sedangkan beliau katanya yakin berada di pihak benar. Peliknya ada pemimpin lain yang berkedudukan terlibat dengan maksiat dan didakwa di mahkamah tidak pun mengambil keputusan melepaskan jawatannya?
Jadi apabila Rosli sedia mengambil tanggungjawab itu ini menyebabkan orang boleh menuduh beliau benar-benar bersalah – melakukan maksiat dan jenayah agama?
Bagi saya tidak perlu beliau meletak jawatan. Ini kerana apa yang saya rasa keputusan mahkamah itu dibuat atas teknikal sahaja. Saya tidak fikir beliau terjerumus dengan maksiat. Kalau ia dibuat kerana keputusan teknikal bukan terjerumus dalam dosa besar kenapa harus melepas jawatan?
Rasanya ahli Pas tidak dapat membezakan mana dosa agama dan mana kesalahan melanggar undang-undang ciptaan manusia.
Kalaulah beliau mengambil tanggungjawab itu untuk memperli Ariffahmi rasanya ia tidak mencapai maksdunya. Saya yakin Ariffahmi tidak akan terpanggil dengan ajakkan itu. Kerana itu tindakan Rosli itu silap dan ia telah mendedahkan dirinya dengan persepsi umum sebagai telah melakukan dosa besar.
Begitu juga kalau Rosli mengharap pujian disebalik tindakan itu ia juga satu kesilapan besar.
Begitu juga kalau beliau mengharap ada orang menghalangnya ia juga silap. Kondisinya sangat berbeza dengan Ariffahmi. Ariffahmi adalah menantu yang disayangi dan dilindungi. Tengoklah bagaimana Nik Aziz Niki Mat bersilat menepias dan membela Ariffahmi sampai sudah. Bukan saja mertua, ipar, isteri juga turut sama membela. Cuma yang belum kedengaran hanya ibu mertua yang membela Ariffahmi secara terbuka.
Manakala kesan politik dengan tindakan itu tidak akan ke mana. Bila mengenang tindakan Rosli ini maka saya teringatlah apa yang pernah berlaku sekitar 10 tahun lalu di mana seorang ahli jawatan kuasa Dewan Pemuda Pas negeri mengambil langkah memulangkan pingat SK yang dianugerah Sultan Kelantan kepadanya.
Tujuan beliau berbuat begitu sebagai protes atas tindakan Sultan menarik balik darjah kebesaran yang dilakukan ke atas ketuanya semasa itu. Pengumuman itu dibuat dalam satu sidang akhbar khas di pejabat Pas Kota Bharu. Malangnya tanggungjawab dibuat ahli jawatankuasa Dewan Pemuda itu tidak memberi apa-apa bekas.
Sultan sedikit pun tidak peduli dengan apa yang dilakukan. Tindakannya seperti cuba menambah kemasinan air laut dengan secupak garam sahaja. Sultan seidikit pun tidak mendengar ataupun merasa teruja dengan langkah pemuda berkenaan. Sebaliknya akhirnya yang kehilangan pingat dan hubungan baik dengan Sultan ialah diri ahli jawatankuasa pemuda berkenaan.
Nah begitu jugalah dengan apa yang dilakukan Rosli itu. Saya tidak fikir esok atau lusa Ariffahmi akan membuat pengumuman akan melepaskan jawatan CEO PMBK atas matlamat dan tujuan sama dengan Rosli untuk menjaga nama baik parti. Sebaliknya perletakan jawatan Rosli itu akan diperdagangkan oleh Ariffahmi sebagai modal untuk menunjukkan dia dipihak yang benar kerana sehari dua ini Rosli beriya mahukan Ariffahmi berundur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan