SELAMAT DATANG

Jumaat, 25 Disember 2009

DEWAN ULAMA W.P KUNJUNGI PAS PUTRAJAYA

Putrajaya: Program lawatan Dewan Ulama Pas Wilayah Persekutuan sempena Hiwar Ulama ke Kawasan Putrajaya telah diadakan di Pusat Khidmat Komuniti Parlimen Putrajaya di Presin 15 malam tadi. Rombongan diketuai oleh Ustaz Arif Pemangku Ketua Dewan Ulama PAS Wilayah Persekutuan bersama dengan 6 orang AJK nya.
Dalam pertemuan ini satu kertas kerja yang bertajuk “Istiqamah Dalam Perjuangan” telah disampaikan oleh Naib Ketua Dewan Ulama Pas W. Persekutuan yang juga Bendahari Dewan Ulama Pas Pusat al-Fadhil Ustaz Mohamad Khairuddin Aman Razali at-Takiri.

Dalam pembentangannya Ustaz Khairuddin telah memulakan dengan menyebut Firman Allah Surah alKahfi : 28

dan sabarkanlah dirimu berada bersama orang-orang yang sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka di waktu pagi dan petang dalam keadaan mengharapkan (redha) Allah. Dan jangan alih pandangan kedua matamu melepasi mereka dalam keadaan kamu mengharapkan perhiasan hidup dunia. Dan Jangan kamu taat kepada orang yang Kami telah lalaikan hatinya daripada mengingati Kami dan mengikut pula keinginannya sedangkan segala urusannya adalah sia-sia.”

Bimbingan ayat

Ayat ini mengandungi 3 bimbingan daripada Allah.

1. Setiap mukmin perlu bertahan dan bersabar untuk sentiasa berada dalam kumpulan golongan beriman “Thoifah Mukminah” yang sentiasa berdoa kepada Allah dan hidup mengharapkan keredaan Allah.

2. Jangan meninggalkan Thoifah Mukminah ini kerana terpengaruh dengan perhiasan hidup dunia.

3. Jangan mentaati golongan yang lalai (lahiah) dan leka terhadap kewajipan yang diperintahkan oleh kerana segala urusan mereka adalah sia-sia baik di dunia apatah lagi di akhirat.

Mengenali Jama’ah Mukminah

Jamaah mukminah adalah mereka yang disebut oleh Al-Quran dan Hadis mempunyai cirri-ciri berikut:

1. Melaksanakan tugas berdakwah dan melakukan amar ma’ruf nahi munkar.
2. Kaum yang dicintai Allah dan mereka mencintai Allah, merendah diri dengan orang beriman dank eras dengan orang yang kufur, berjihad di jalan Allah dan tidak takut pada celaan.

3. Jamaah mukminah disebut oleh Nabi saw sebagai golongan yang akan sentiasa tampil menyatakan kebenaran hingga ke akhir zaman.

Sabar Untuk Bergabung Dengan Jamaah Mukminah

Setiap individu mesti bertahan dan sabar untuk sentiasa menggabungkan diri dalam jamaah mukminah. Ini kerana penggabungannya dalam jamaah Mukminah akan:

1. Menjadi senjata bagi menghadapi pelbagai ancaman aqidah dan fitnah akhir zaman.

2. Jamaah Mukminah membantu membentuk jiwa ketaqwaan kerana manusia selalunya sangat mudah terpengaruh dengan persekitaran.

Maksud Sabar

Sabar bermaksud menahan diri menghadapi sesuatu yang tidak disukai.
Ia terbahagi kepada 3 iaitu:-

1. Sabar melakukan perkara ketaatan yang disuruh oleh Allah

2. Sabar meninggalkan perkara yang dilarang oleh Allah

3. Sabar menghadapi pelbagai musibah dan ujian.

Sabar Adalah Senjata Dalam Perjuangan

Manusia yang beriman akan sentiasa diuji oleh Allah untuk melayakkan mereka ke syurga Allah. Ujian yang paling besar ialah ujian perjuangan mempertahankan aqidah yang melibatkan nyawa. Ini dapat diperhatikan menerusi perjalanan sirah hidup para sahabat ketika di Makkah seterusnya di Madinah. Senjata kepada ujian ini ialah kesabaran.

Doa senjata Kemenangan Islam

Menurut Ibn Kathir berdoa dalam ayat di atas bermaksud menyembahNya dan meminta daripadanya (al-Fatihah setiap solat) bahkan pagi dan petang pula. Menurut Said bin Musayyab, Mujahid, Hasan dan Qatadah ia merujuk kepada Solat Lima waktu yang Wajib.
Doa merupakan senjata bagi para pejuang Islam. Ini kerana kemenagan dan kekalahan Islam bukan kerana usaha manusia semata-mata tetapi kerana pemberian Allah. Dalilnya:

1. Kemenangan Islam dalam perang Badar kerana kekuatan doa nabi meskipun musuh Islam lebih ramai dan kuat.

2. Dalam perang Hunain kekalahan awal berlaku kerana ada yang tersalah keyakinan bahawa kemenangan ialah kerana bilangan umat yang ramai.

Doa Senjata Orang Yang Dizalimi

Begitu juga doa menjadi senjata kepada golongan yang dizalimi. Mereka boleh berdoa agar Allah menurunkan hukuman dan balanya kepada orang yang menzalimi dirinya apatah lagi menzalimi perjuangan Islam. Nabi pernah berdoa terhadap kaum Zaqwah yang membunuh sahabat-sahabat Nabi yang dihantar untuk berdakwah.

Ujian Keduniaan

Duani selalu menjadi ujian besar kepada pejuang Islam. Ujian berlaku dalam 3 keadaan:

1. Ujian untuk menyertai perjuangan. Dunia menjadi penghalang kepada sahabat Nabi SAW Ka’ab bin Malik untuk menyertai peperangan Tabuk.

2. Ujian untuk istiqamah dalam perjuangan. Sahabat-sahabat Nabi saw teruja dengan harta rampasan perang yang terkumpul de medan Uhud lalu meninggalkan arahan istiqamah mempertahankan bukit Rumah. Kesannya umat Islam kalah dalam peperangan Uhud.

3. Ujian setelah memperoleh kemenangan dalam perjuangan. Sahabat-sahabat Nabi saw yang awal berjuang dengan Nabi saw pernah terkilan kerana harta rampasan perang Hunain diberikan keutamaan kepada orang yang baru memeluk Islam sehinggalah ditegur oleh Nabi saw.

Islam membenarkan pejuang Islam untuk mendapatkan habuan dunia hasil daripada perjuangan tetapi berjuang semata-mata untuk mendapat habuan dunia menjadikan pejuang tergelincir dari landasan.

Jangan Bersama Golongan yang Leka

Golongan yang leka sentiasa mempermainkan agama. Hidup mereka untuk dunia. Mereka tidak kisah dengan hokum halal dan haram. Sikap kita dalam menghadapi mereka ialah;

1. Jangan mentaati kehendak mereka kerana ia bererti membiarkan diri terdedah kepada pelanggaran hokum Allah.

2. Jangan bersama mereka kerana akhirnya mendorong seseorang untuk terikut-ikut dengan gaya hidup mereka.

Penutup

Semoga istiqamah dalam perjuangan adalah milik kita sehingga akhir hayat.

Program ditamatkan pada jam 11.30 malam.


Tiada ulasan:

Blog Yang Saya Lawati

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails