Minggu depan kan bulan Julai....... ...

Pada bulan Julai 1169, suatu rancangan membunuh Salahuddin Al-Ayubi telah dilaksanakan melalui pakatan kerajaan tentera salib di Baitul Maqdis (ketika itu Baitul Maqdis diperintah oleh kerajaan tentera salib) dan pekerja-pekerja bangsa Nubia yang bekerja di kediaman dan pejabat Salahuddin. Mengikut rancangan yang diatur, sebaik sahaja Salahuddin mati dibunuh, pasukan tentera salib akan menyerang dan menakluki Mesir.
Rancangan ini gagal kerana dapat dikesan lebih awal oleh Salahuddin, dan mereka yang terlibat dapat ditangkap dan dihukum bunuh, maka serangan dan penaklukan Mesir oleh tentera salib yang dirancangpun gagal.
Bangsa Nubia yang berasal dari daerah di luar Mesir, iaitu di selatan Mesir menjadi marah kepada Salahuddin kerana telah membunuh bangsa Nubia yang terlibat yang juga penyokong pasukan tentera Salib. Mereka telah melakukan rusuhan dan porak poranda, tetapi Salahuddin telah berjaya menghapuskan pemberontakan ini.
Pemberontak- pemberontak Nubia yang terselamat telah melarikan diri ke Nubia di selatan Mesir. Salahuddin pula telah menghantar pasukan tentera memburu mereka dan berjaya pula menangkap dan membunuh lebih ramai pemberontak Nubia di selatan Mesir.
Dalam suatu operasi di sebuah daerah di Nubia yang ditadbir oleh orang Islam Nubia (di Nubiapun ada orang Islam), pasukan tentera Salahuddin terkejut sebab terjumpa ladang babi (ni cerita betul, bukan rekaan). Lalu pasukan tentera Salahuddin ini telah membunuh semua babi berkenaan. Orang Islam di situ berasa amat malu dengan peristiwa itu.
Selepas operasi pembasmian pemberontak Nubia, Salahuddin semakin berhati-hati dan memfokuskan pentadbirannya terhadap penyatuan dan kerjasama sesama rakyat Mesir dan orang Islam.
Ketika itu, kerajaan Mesir berada di bawah pentadbiran Khalifah Fatimiah yang bermahzabkan Syiah, sedangkan pasukan tentera Mesir yang diketuai oleh Salahuddin melapor kepada kepada Gabenor Syria yang ditadbir oleh Khalifah Abasiah yang bermahzab Sunnah.
Tetapi, kerjasama dan perpaduan yang erat di antara orang Islam Syiah dan Sunnah begitu baik dan berkesan sehingga kerajaan Mesir pada ketika itu begitu kuat, dan pasukan tentera Mesir pada ketika itu di anggap sebagai pasukan tentera Islam yang terkuat di dunia. Pada era itu, khutbah Jumaat pun dibuat sedemikian rupa agar kandungannya mengeratkan kerjasama dan muafakat di antara Syiah dan Sunnah dan doanya mendoakan kesejahteraan Khalifah Fatimiah dan Khalifah Abasiah.
Apabila Syiah dan Sunnah bersatu di bawah panji-panji Islam dan dipimpin pula oleh individu Islam sebenar seperti Salahuddin, maka Islam menjadi amat kuat sehingga berjaya merampas semula Baitul Maqdis dari kerajaan tentera Salib.
Inilah sebenarnya fakta kekuatan tentera Salahuddin pada ketika itu:
Kerjasama dan muafakat sesama Islam!
- Fakta yang jarang diperkatakan apabila membicarakan berkenaan kejayaan Salahuddin Al-Ayubi.
Terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan