SELAMAT DATANG

Khamis, 25 Jun 2009

UMNO Sesat - Pemuda Umno buat laporan polis kenyataan Nik Aziz

Khamis Jun 25, 2009

KOTA BHARU: Pemuda Umno Kelantan hari ini membuat laporan polis berhubung satu kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyamakan Umno dengan ajaran sesat dan juga komunis yang didakwa berbaur hasutan dan boleh mewujudkan ketegangan dalam kalangan rakyat.

Laporan itu dibuat oleh ketua Pemuda Umno Kelantan, Anuar Safian, di Balai Polis Kota Bharu pada 10.30 pagi tadi dengan diiringi kirakira 100 anggota pergerakan itu yang membawa beberapa sepanduk mengecam tindakan Pas bersekongkol dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu, Anuar berkata kenyataan Nik Aziz pada 21 Jun lepas menyamakan perjuangan Umno seperti ajaran sesat Ayah Pin dan juga menyamakan Umno sebagai komunis dan menolak Islam, adalah tidak berasas.


"Pemuda melihat tuduhan ini sebagai mengetepikan sejarah dan perlembagaan negara kerana sekiranya disamakan Umno dengan Chin Peng, kita mahu bertanya Nik Aziz, berapa ramaikah yang telah dibunuh dan diperkosa oleh Umno sejak penubuhannya.

"Sekiranya kita Umno disamakan dengan ajaran sesat Ayah Pin berapa ramaikah yang telah disesatkan oleh Umno, dan sekiranya kita disamakan dengan parti sosialis yang tidak percayakan agama dan kewujudan ketuhanan, kami yakin Umnolah yang banyak membawa perubahan kepada orang Melayu dan Islam dalam negara ini," katanya.

Anuar berkata kenyataan Nik Aziz itu telah mencetuskan perasaan marah, benci dan kecewa dalam kalangan ahli Umno dan rakyat, dan beliau perlu dikenakan tindakan. BERNAMA

Komen Blog Ibnu Hasyim: Melihat kepada perlembagaan UMNO yang tidak meletakkan Islam sebagai dasar perjuangan partinya, maka jelas ia tersesat dari jalan yang lurus menurut Al-Qur'an. Lihat pengakuan dan ikrar kita dengan Tuhan tiap hari dalam sembahyang, seperti yang terkandung dalam Surah Al-Fatihah, 'Jalan Yang Lurus' bukan 'jalan yang sesat'.

Bagaimana pula dengan kerjasama PAS dengan parti gabungan? Boleh, kerana parti-parti itu merestui perjuangan PAS atau parti Islam untuk menegakkan negara Islam. UMNO setakat ini menentang PAS untuk menegakkan negara Islam, dan amat takut kepada perundangan Islam, contohnya dalam menolak hudud, amalan asobiah kebangsaan menjadi dasar parti, rasuah, pilih kasih, membazirkan wang rakyat atau lain-lainnya.

Apakah UMNO sepatutnya disuruh bertaubat dan pengundi-pengundi Manek Urai wajib mengundi PAS? (2MA)


1 ulasan:

Syafiq Kamaruddin berkata...

"Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu berdosa, dan janganlah kamu mengintip, mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengahnya yang lain. Apakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Penerima taubat lagi Maha Mengasihani. " (Al Hujurat ayat 12)

Blog Yang Saya Lawati

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails