
Pada sidang akhbar sejurus selepas pengumuman dibuat, Penasihat Jentera Pilihan Raya PAS DUN Manik Urai, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata pemilihan Mohd Fauzi dibuat peringkat akar umbi dan mendapat sokongan daripada pimpinan tertinggi PAS negeri dan Pusat.
"Pemilihan beliau berdasarkan cadangan tiga nama yang dibuat PAS cawangan Manik Urai. Daripada tiga nama yang diserah setiap cawangan, beliau mendapat pencalonan paling tinggi. Ia bukan keputusan sebulat suara, tetapi beliaulah yang mendapat pencalonan tertinggi," katanya.
Mohd Fauzi yang terkejut dengan pemilihannya itu, hanya bersedia menemui pemberita esok.Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Ismail Yaakob dari PAS pada 22 Mei lepas.Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan penamaan calon pada 6 Julai dan pengundian 14 Julai.-- BERNAMA
Kami
Tiada ulasan:
Catat Ulasan