SELAMAT DATANG

Selasa, 23 Jun 2009

Tuan Guru Hj Hadi seorang tokoh yang berlapang dada ...

Posted on Monday, June 22 @ 07:11:58

Oleh: sripetaling
"SubhanaAllah ... walaupun pelbagai tohmahan yang dilemparkan kepada beliau ( tak kurang juga yang sanggup melukiskan karikatur menghina beliau ) tetapi beliau tetap seorang yang tabah, berjiwa tenang dan tidak degil serta keras kepala dalam mempertahankan ideanya ( walaupun bertepatan dengan ruh ajaran Islam) ... pada hari ini beliau terpaksa akur dengan pandangan umum yang mahukan perpaduan dihentikan ... saya teringatkan kepada kisah yantg melanda Rasulullah s.a.w sendiri yang hampir sama dengan apa yang berlaku , dimana ...ianya berkaitan dengan peperangan Uhud ( kalau tak silap saya ) .... pada ketika itu Rasulullah bersetuju dengan pandangan agar tentera Islam kekal di Madinah al-Munawwarah tanpa keluar daripada kota Madinah .... Namun sebahagian para sahabat mencadangkan agar tentera Islam pergi mengejar musuh ... Rasulullah s.a.w memenuhi tuntutan para sahabat untuk keluar dari Madinah dan berhadapan dengan Golongan Kuffar diluar Madinah ...

Kemudian selepas itu ... para sahabat seolah-olah rasa bersalah kerana menyalahi pandangan Rasulullah .. lalu ada yang bertemu Rasulullah ( pada ketika itu Rasulullah telah memakai pakaian perang )dan menjelaskan bahawa mereka sanggup menarik kembali cadangan tersebut dan menurut cadangan asal Rasulullah untuk terus kekal di Madinah ... namun dengan penuh tawadhuk Rasulullah enggan berganjak dan masih tetap menghormati keputusan baginda berdasarkan permintaan para sahabat untuk keluar dari madinah walaupun itu bertentangan dengan cadangan asal baginda ... dengan menyatakan bahawa .. pantang seorang nabi apabila telah memakai pakaian perang untuk menanggalkannya kembali .....

kisah yang berlaku ini mengingatkan saya kepada kisah yang berlaku ke atas Tuan Guru yang kita hormati sekali ini ...walaupun pedih terpaksa menahan airmuka ... namun untuk melihat perpecahan daripada verlaku tidak sama sekali....politik damai dan berlapang dada serta tidak memaksa pandangan peribadi merupakan satu akhlak yang sangat tinggi nilaiannya berbanding nilai tidak ditampalkan posternya ! SubhanaAllah ...



1 ulasan:

sara berkata...

subhanallah...inilah dia pemimpin hebat yg akan membawa kita ke jalan yg benar..sy berbangga mempunyai seorang tok guru yg amat mulia dan tulus hatinya. terima kasih tok guru. biarlah apa org kata sy tetap tegak berdiri menyokong tok guru. Allahuakbar!

Blog Yang Saya Lawati

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails