Ruj Kami : PPUJ/LK/1/2009/PJC(01) Tarikh : 2hb Jamadil-Awal 1430H
Ruj Tuan: 20hb Jun 2009M
Setiausaha
Bahagian Pengurusan Hartanah
Jabatan Perdana Menteri
Aras 7, Blok B3,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya.
Tuan,
Penyitaan Kedai Dobi di Presint 14
Kami merujuk kepada perkara di atas dan Laporan Akhbar Utusan Malaysia (Utusan Kota) bertarikh 6hb Jun 2009 adalah berkaitan.
Memandangkan perkara ini telah dua kali disiarkan, Pihak kami merasa terpanggil bagi menyelesaikan masalah ini. Perkara ini dilihat seolah-olah tiadanya rasa simpati ataupun mungkin tindakan 'menuang pasir kedalam periuk nasi' kepada pengadu.
Kami percaya bahawa sekiranya perkara ini dirunding, dibincang dan seterusnya semua perlaksanaan dibuat dengan betul dan berhemah, perkara ini tidak akan berlaku. Sebagai usahawan muda, kami berpendapat beliau sewajarnya diberikan pertolongan, bukannya tindakan sepertimana dilapor akhbar tersebut.
Seharusnya konsep yang dianjurkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu “Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” diberikan perhatian dan atas dasar ini, kami mohon agar pihak tuan dapat menyelesaikan masalah ini bersama Cik Suraya Natrah Malek secara baik dengan penuh semangat membantu sesama Islam.
Walaubagaimanapun mungkin pihak tuan mempunyai alasan tersendiri atau penjelasan terhadap perkara sebenar, kami amat berbesar hati sekiranya ia dapat dinyatakan kepada kami. Dicadangkan juga supaya dapat diadakan pertemuan antara pihak tuan bersama beliau dan kami menawarkan diri sebagai moderator bagi memastikan perkara ini selesai dan tiada pihak yang teraniaya.
'ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN'
Yang Ikhlas
MOHAMAD NAZIR ZAKARIA
Yang DiPertua PAS Kawasan Putrajaya
Salinan Kepada:
1. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Petisurat 6000,
62007 Putrajaya.
2. Ketua Pengarah,
Biro Pengaduan Awam,
Jabatan Perdana Menteri
Peti Surat 9000
62007 Putrajaya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan