Katanya seramai 10 petugas dari Putrajaya dan kawasan-kawasan lain di Wilayah Persekutuan yang terdiri daripada empat ahli jawatankuasa PAS, empat muslimat dan dua pemuda akan berkampung di Manek Urai Baru mulai tarikh tersebut.
Pas Putrajaya bersama Pas Wilayah akan berkampung di Peti Undi Manik Urai Baru, akan membantu Pas Kawasan Ketereh dan diketui oleh Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, YB Dato Takiyuddin Hassan.
Ustaz Mohamad Nazir yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan berkata, petugas PAS Wilayah yang diketuai Pengarah jentera Pilihanraya Wilayah yang baru dilantik Tuan Hj Abd Halim Hassan yang juga YDP Pas Kawasan Setiawangsa bersama Ketua Penerangan PAS Kawsan Putrajaya serta 4 orang lai dari kawasan lain akan bertugas sepanjang tempoh kempen.
Pas Kawasan Titiwangsa yang diketui YDPnya akan bertugas selama empat hari di peti undi berkenaan dan selepas itu mereka akan diganti petugas lain sehingga hari mengundi." span <>
Tiada ulasan:
Catat Ulasan