SELAMAT DATANG

Rabu, 10 Jun 2009

KERAJAAN PERPADUAN : CERDIKLAH SIKIT

Dari E-mail terpilih : nurmawarina@yahoo.com.my

Dalam kita bersising lengan bergaduh sesama sendiri selepas ianya diperhangatkan dengan isu kerajaan perpaduan pelbagai pandangan telah diberikan.

Kita semakin seronok memburukkan sesama sendiri bahkan dalam satu Blog pro PR secara terang dikatakan Tuan Guru Dato Seri Haji Abd Hadi Awang, Presiden PAS sebagai bangang, gilakan pangkat, lupa diri dan bermacam lagi sedangkan sebelum ini dipuja & dipuji.

Inilah sikap orang kita, masa bersama, kita cerita benda yang baik sahaja tapi bila ada sikit sahaja perbezaan pendapat lain pula jadinya. Kita seronok melihat orang lain jatuh.

Akibatnya orang Melayu terbahagi kpd 5 kumpulan iaitu UMNO, PAS Pro Perpaduan, PAS tidak suka perpaduan, PKR dan jenis tak peduli. Orang Melayu semakin hilang "bargaining power" yang akhirnya digunakan sebaiknya oleh kaum lain. Mereka walau bergaduh tetapi dibelakang tabir tetap bersatu. Kita asyik bergaduh dan memburuk-burukkan sesama sendiri. Cuba bayangkan jumlah orang Melayu yg hanya 56% jumlah kependudukannya kini terbahagi kepada 5 kumpulan.

Ada pula bangsa tak sedar diri ni nak mintak lagi HAK MILIK SAMARATA dan quota.

Saya melihat bahawa Tuan Guru Dato Seri Haji Abd Hadi Awang telah sedar akan perkara ini apatah lagi beliau selalu meeting dengan kepimpinan tertinggi PR seperti Lim Kit Siang, Anwar, Guang Eng dan lain-lain yang sudah pasti beliau tahu keburukannya seandai orang Melayu semakin teruk berpecah. Nak kata Tuan Guru Dato Seri Haji Abd Hadi Awang gila pangkat, rasanya DSAI lagi teruk sampai umum 16 Sept. untuk dia jadi PM.


Kebanyakan orang yang menentang Tuan Guru Dato Seri Haji Abd Hadi Awang kini adalah yang pro-PKR atau pro-Anwar atau kumpulan Erdogan. Dalam muktamar kita sendiri lihat bagaimana perwakilan Kelantan langsung tewas dalam pemilihan. Para pemimpin tersebut lebih tahu arah dan hala tuju yang ingin mereka bawa daripada org bawahan yang lebih suka membuat persepsi nagetif daripada melihat pada pandangan positif.

Justeru, jangan mudah melatah apatah lagi memburukkan pemimpin-pemimpin kita tanpa ada bukti dan fakta yang sebenar atau kita tak tahu pun misi mereka kerana kesannya amatlah teruk. Jangan jadi macam orang Islam di Palestin yang berperang sesama sendiri melalui Hizbullah dan Fatah. Yang untung Israel...... jadi, mahukah kita jadi begitu?


Tiada ulasan:

Blog Yang Saya Lawati

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails