
Menurut Presidennya, R.S. Thanenthiran, masalah itu timbul kerana kebanyakan mereka tidak mempunyai dokumentasi seperti sijil kelahiran.. Beliau berkata, ekoran itu, mereka tidak berjaya dalam permohonan mendapatkan kad pengenalan daripada Jabatan Pendaftaran Negara.
''Inilah masalah yang akan kita kemukakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kira-kira tiga bulan lalu, kita telah menghantar satu memorandum memohon untuk berjumpa dengan beliau.
''Selain itu, kita juga menunggu kebenaran untuk bertemu dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bagi membincangkan isu kaum India di Malaysia yang tidak mempunyai kerakyatan,' ' katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata, masalah itu telah lama berlarutan dan ada di antara mereka yang telah pun meninggal dunia tanpa diiktiraf sebagai rakyat Malaysia..

Justeru, beliau berkata, MMSP sebagai sebuah parti politik baru sememangnya berhasrat untuk membela nasib dan membantu menyelesaikan pelbagai masalah komuniti India di negara ini.
Jelasnya, MMSP tidak ada kaitan langsung dengan Hindraf serta menolak sebarang bentuk keganasan melampau dan menyalahi undang-undang termasuk demonstrasi jalanan yang menakutkan rakyat Malaysia.
''MMSP adalah sebuah parti yang sah dan nombor pendaftaran, 0892. Jadi sebagai sebuah parti politik yang berkecuali MMSP tidak keberatan untuk bekerjasama dengan semua pihak.
''Ketika kita mohon kepada kerajaan untuk membenarkan MMSP didaftarkan sebagai satu parti politik dalam negara tujuan kita adalah untuk menyediakan satu platform bagi menerajui perjuangan rakyat dan membela nasib kaum India,'' katanya.
Kali pertama pengumuman mengenai penubuhan parti itu dibuat pada 19 Mei lalu di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor. Sehubungan itu, katanya, MMSP kini sedang berusaha mengedarkan borang keahlian bagi menyertai parti tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan