
PAS Wilayah Persekutuan yang diwakili YDP Putrajaya, Ustaz Mohamad Nazir Zakaria juga mengharapkan pimpinan pusat memberikan pemerhatian kepada mereka dan diberikan kerusi yang memuaskan dalam Pilihanraya Umum ke-13 yang akan datang. "Apa yang ingin dinyatakan di sini oleh Wilayah Persekutuan ialah rasa terkilan yang teramat sangat bahawa di dalam PRU ke-12 yang lalu telah menzahirkan pembahagian kawasan bertanding yang tidak adil bagi PAS Wilayah Persekutuan dengan PKR. Sepanjang 35 tahun PAS Wilayah Persekutuan hanya semacam dijadikan bidak di atas papan catur oleh PAS Pusat dan seharusnya ia tidak berulang lagi di dalam PRU ke-13 nanti.
Ingatlah, kami juga adalah ahli-ahli PAS, kami juga berjuang bertungkus lumus. Apa sahaja program besar yang diadakan di KL, kamilah yang bertungkus lumus, bila pilihanraya kamilah yang ada banyak maklumat yang boleh disampaikan kepada orang-orang kampung, yang balik beramai-beramai memenangkan negeri-negeri yang menang. Ujarnya....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan