
Saya ingin membicarakan tentang kerjasama atau kerajaan perpaduan yang di cadangkan oleh Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang di muktamar PAS baru-baru ini. Pada hemat saya ramai yang ingin memberikan pandangan dan pendapat mereka didalam soal ini.
Mungkin rakan-rakan ada pandangan yang hendak di kemukakan kepada pemimipin-pemimpin kita , mari kita nyatakannya disini. Semoga pandangan kita di baca dan di fahami oleh politikus-politikus kita samada di UMNO, PAS atau PKR.
Saya amat berharap agar parti-parti politik dan pemimpin-pemimpin melayu kita dapat bersatu dan membela nasib orang kita dengan lebih gigih lagi. Kita selama ini telah terlalu cuba untuk memahami dan bertolak ansur dengan kaum-kaum lain di Malaysia ini. Isu agama Islam kita sudah sering di perlekehkan oleh penganut agama lain. Dari isu murtad, isu anak, isu agama islam sebagai agama rasmi dan banyak lagi.
Kita sering dengar orang berkata Islam mengajar kita untuk hormat kepda bangsa dan agama lain, tapi kenapa kita membisu dan diam bila agama Islam diperlekehkan oleh orang lain. Tidakkah Islam juga mengajar kita untuk membela dan menjaga agama kita agar tidak di permainkan oleh orang lain?
Sekarang, Pas adalah tunggak politik orang Melayu/Islam apabila UMNO tidak lagi relevan kepada orang Melayu untuk diharapkan menjadi pembela nasib Melayu seperti yang dilaung-laungkan, keruntuhan UMNO/BN sudah hampir tiba seperti mana runtuhnya stadium Kuala terengganu, begitu juga PKR parti berbilang kaum kononnya pasti tidak mampu membela hak orang-orang melayu sebaiknya maka sudah pasti PASlah yang terbaik menjadi parti yang boleh dipaut oleh orang-orang melayu/Islam.
Kita perlu menyedari bahawa kekuatan Pakatan Rakyat terletak pada PAS, bak seperti kata saya dalam teks ucapan menyokong usul terima kasih ucapan dasar Presiden yang tak sempat dihabiskan, akibat tidak menghayati konsep tahalluf siyasi atau kerjasama politik yang telah dijalin sebelum Pilihanraya Umum Ke-12 baik di pihak PKR mahupun di pihak ahli-ahli PAS maka tercetuslah kekeliruan. Banyak kerusi diperuntukkan kepada PKR ketika Pilihanraya Umum Ke-12 yang lalu. Kerusi majoriti Melayu yang PAS tidak begitu kuat telah diperuntukkan kepada PKR atas alasan PKR mampu menarik sokongan daripada ahli UMNO dan pengundi atas pagar.
Kerusi yang bersifat 50 – 50 di antara pengundi Melayu dan bukan Melayu juga dibolot oleh PKR atas alasan PAS tidak mampu menarik sokongan undi bukan Melayu jika PAS meletakkan calonnya di kerusi tersebut. Begitu juga DAP akan gagal menarik undi Melayu jika parti itu bertanding di situ. Kesimpulannya, calon dari PKR adalah yang paling sesuai kerana PKR adalah parti bersifat pelbagai kaum.

Niat kita bukan untuk memburukkan sesiapa, tetapi inilah ingatan terhadap sesama kawan kita supaya sikap saling hormat-menghormati sentiasa diamalkan. Kita ingin menegaskan bahawa kriteria pemilihan calon pilihanraya mewakili parti-parti Pakatan Rakyat perlu melalui satu proses tapisan yang sistematik.
Ini bagi memastikan calon yang benar-benar berwibawa dan memilih calon-calon yang bukan sahaja cemerlang dalam arena keprofesionalan mereka, tetapi dalam masa yang sama mempunyai integriti dan istiqamah yang tinggi terhadap parti dan rakyat. Alhamdulillah, telah terbukti bahawa calon-calon PAS yang menang tetap dengan parti walau apa jua yang berlaku, sebesar mana tawaran tidak diendah demi takutkan Allah dan inilah hasil tarbiyyah kita.
Kita PAS pula, rata-rata ahli PAS berpandangan, “mana-mana kerusi pun ahli PAS juga yang buat kerja sampai menang”. Rata-rata ahli PAS berpandangan “mana ahli PKR waktu kerja-kerja pilihanraya dulu?”. Rata-rata ahli PAS berpandangan “orang-orang PKR cuma ramai waktu pimpinan parti mereka turun padang”.
Kita tak nafikan hal ini. Malah, kita bersetuju sangat dalam hal ini. Pengalaman di Permatang Pauh dan di Bandar Tun Razak cukup untuk membuatkan kita membisu jika ada ahli PAS berpandangan seperti itu. Namun, sedar atau tidak, hanya ahli PAS, yang menilai PAS sebagai sebuah parti politik sahaja yang akan berpandangan sedemikian. Wahai sahabat sahabat sejemaah sekalian, PAS adalah sebuah gerakan Islam, dan politik itu pula adalah sebahagian daripada tanggungjawab sebuah gerakan Islam.

Jika kita berpendirian “kalau bukan kerana kita, tak menang puak-puak ini”, maka kita melupakan peranan dan sumbangan orang lain. Inilah yang dikatakan ego. Saya tak berniat nak ulas panjang hal ini. Masing-masing faham sebenarnya. Baik PKR mahupun PAS. Semuanya faham. Kita sangat berharap pimpinan kita dapat berbuat sesuatu dalam perkara ini.
Menyedari potensi untuk Pakatan Rakyat menang dalam pilihanraya akan datang ini, maka saya menyeru saf kepimpinan yang baru diamanahkan memimpin parti keramat ini dan semua ahli agar berbuat sesuatu yang konstruktif. Kita dah banyak dengar ugutan-ugutan daripada rakyat yang sokong kita, yang tak puas hati dalam banyak hal.
Satu pesanan yang jelas untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, kita bersetuju dengan pandangan Datuk Seri bahawa rakyat Malaysia hari ini bukanlah bodoh. Rakyat Malaysia sedang memerhati. Namun begitu, Datuk Seri juga kena faham, rakyat Malaysia bukan sekadar memerhatikan BN tetapi rakyat Malaysia juga sedang memerhatikan kita dalam Pakatan Rakyat. People Power! Makkal Sakhti! Mereka akan menentukan dalam PRU-13 dengan izin Allah SWT.
Buat ahli PAS – tingkah laku kita adalah Islam. Kerja buat kita adalah Islam. Pemikiran kita adalah Islam. Maka, ikutlah Islam sepenuhnya. Tidak ada tempat untuk mereka yang mengikut kepala sendiri dalam PAS.
Kepada Dato Seri Presiden dan YB Ustaz Nasaruddin Mat Isa, teruskan langkahmu dengan segak bergaya sebagai seorang pemimpin Islam ulung abad ini, bak kata Ketua Pemuda PAS yang baru bahawa Dato Seri Presiden adalah orang yang beramal dengan ilmu, sudah pasti apa jua tindakan adalah berdasarkan ilmu.
Tindakan dan idea perpaduan yang dicadangkan adalah tepat dengan ilmu Qurani yang dimiliki oleh Presiden egitu juga Timbalannya cuma kita hanya berwaspada dengan kekufuran dan kejahilan UMNO/BN seperti yang dibimbangi oleh Yang Ampunya Berkat (YAB) Tuan Guru Mursyidul AM.
Jangan hiraukan sekelumit kata-kata nista mereka yang jahil. Idea dan tindakan untuk berbincang hal perpaduan sudah pasti ada pahala yang menanti, manakala peringatan bahawa UMNO/BN bukan boleh diharapkan sangat pun ada pahalanya, maka kita ahli-ahli dan pendukung perjuangan mulia ini tetap berdiri di belakang kepimpinan kita.
sila email pandangan teman2 ke ydpputrajaya@gmail.com
11 JUN 2009
Selesa Beach Resort
Port Dickson
Tiada ulasan:
Catat Ulasan