SELAMAT DATANG

Ahad, 16 Ogos 2009

Lembaran baru - Selamat Pengantin baru

Penyanyi Akhil Hayy, 40, dan penyanyi irama Arab Waheeda, 30,akhirnya telah selamat diijabkabulkan di Masjid Ar Rahimah, Kuala Kubu Baru, hari ini. Hanya dengan sekali lafaz, Akhil atau nama sebenarnya, Akhil Abdul Hayy sah menjadi suami kepada Waheeda untuk memulakan hidup yang baru. Majlis pernikahan mereka telah dihadiri oleh kira-kira 200 tetamu yang rata-ratanya terdiri daripada ahli keluarga, saudara-mara serta kenalan rapat kedua-dua belah pihak termasuk anak-anak Akhil Hayy dengan bekas isterinya Maizawati.

Setelah segala kontroversi tenggelam bolehlah Akhil Hayy meneruskan semula kewajiban dakwah yang terbantut setalah sekian lama terpalit dengan kontroversi rumah-tangga. Masing-masingAkhil dan bekas isteri sudah jelas untuk membawa haluan sendiri dan diharapkan bekas isteri beliau Maizawati menemui kehidupan baru yang lebih aman dan sejahtera. Yang lepas sudah menjadi sejarah, yang dihadapan masih impian, gunakan masa yang dihadapi sebagai ruang memperbaiki diri dalam mancari keredhaanNya.

Tiada ulasan:

Blog Yang Saya Lawati

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails