
KUALA LUMPUR – Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) memperketatkan syarat keahlian serta menyusun semula organisasi pertubuhan berkenaan bagi menangkis tohmahan masyarakat terhadap imej Pekida yang mula dipandang serong.
Presidennya, Jamaluddin Yusof berkata, tindakan berkenaan diambil berikutan berlaku banyak kes yang menggunakan nama Pekida, termasuk beberapa tindakan sesetengah pihak yang mendakwa ahli Pekida yang bertindak di luas batas undang-undang negara.

“Setiap individu yang ingin menjadi ahli, mestilah mendapat sokongan Ayahanda yang dilantik oleh Majlis Ayahanda Pekida bagi mengelakkan kekeliruan yang ditimbulkan sesetengah pihak,” katanya ketika ditemui di Pejabat Pekida Bukit Bintang di sini, semalam.
Jamaludin berkata, selain syarat keahlian diperketatkan, hanya satu lambang sahaja yang diluluskan dan hanya ahli berdaftar sahaja yang boleh memakai pelekat kenderaan serta lambang pertubuhan berkenaan, dan jika terdapat lambang lain, pertubuhan tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.
“Pelantikan Ayahanda juga hanya dilakukan melalui majlis, dan setiap daripada mereka mempunyai satu kad khas sekali gus penyusunan semula organisasi berkenaan dapat menangani masalah yang timbul termasuk penyalahgunaan lambang dan nama Pekida.
“Kita mahu seluruh masyarakat menyenangi pertubuhan Pekida, bukannya memandang serong terhadap kami dan jika ada pihak yang teraniaya sebelum ini, mereka boleh membuat aduan kepada Pekida daerah dan negeri dan kami akan menjalankan siasatan termasuk membuat laporan polis jika perlu,” katanya.
Katanya, selain itu, Pekida juga menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa pertubuhan berkenaan mendapat permit teksi sebanyak 2,000.
“Dakwaan tersebut tidak benar sama sekali dan kita tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap pihak yang memfitnah berkenaan,” katanya.
4 ulasan:
di bagan datoh menjadi jadi kerjanya tarik kereta tidakkira kawan ataupun ahli
ada suatu kejadian dibagan datoh kereta ahli pakida yg bakinya tidak sampai RM4ribu ditarik menyebabkan terpaksa tuan kereta kena bayar lebih RM6ribu dan akhir selepas dilelong tuan kereta tidak mendapat apa2 dari kereta yang nilai semasanya lebih RM12ribu
Ass,kum.... Saudara Ayahda, Abg Long dan sume abangx dan adikx yg ku hormati. Saya cukup sakit ati
ngan pembohongan individu (///) mengaku adik beradik ni. Perpun sikap selepas buat keje tarik kereta walaupun adik beradik sendiri yg kena tetap tidak mengaku. Padahal bersumpah, darahku, perjuanganku, matiku dan pergorbananku sama. Inikah dinamakan "perjuangan"? Bila dah tarik kereta org 2 mulalah x ngaku yg dirinya bukan adik beradik. Ingat hari ni org diam masa ko org tarik kereta tu, esok lusa org belangkung sampai mati katak. Daripada insan teraniaya (Khori ///)
Aslmkm pemimpin tertinggii pekida .minta keluarkan arahan dan ketetapan agar logo atau satu saja simbol pekida dan mesti ahli yg benar pegang janji atau baiiah amal makruf nahi munkar
Catat Ulasan