
Rohaizad bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut mengenai pendedahan berkenaan sebaliknya menyerahkan kepada Penasihat Undang-Undang Umno, Datuk Hafarizam Harun."Saya memang seorang peguam tetapi tidak mengamalkannya sejak hampir dua tahun lalu," katanya selepas menghadiri persidangan perwakilan Umno Bahagian Permatang Pauh di sini, hari ini."Saya sedia berhadapan dengan tanggapan negatif pembangkang dan akan menjawab apabila tiba masanya. Bagaimanapun pada masa ini saya serahkan pada Penasihat Undang-Undang Umno, Datuk Hafarizam Harun menjelaskannya," katanya.
Pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Rohaizad, Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang Mohd Salleh Man dan Kamarul Ramizu Idris yang telah mengumumkan akan bertanding sebagai calon BebasSuruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari ini, 17 Ogos sebagai hari penamaan calon dan pengundian pada 25 Ogos
Tiada ulasan:
Catat Ulasan