Salam sejahtera..
Hari ini masuk hari kedua selepas KL dibanjiri oleh para demontrat dan hujan asid serta jerubu beracun oleh FRU. Media menggambarkan 1 Ogos lalu sebagai malapetaka ..kepada ketenteraman awam juga kepada para peniaga di sekitar kawasan yang terlibat..
Ratusan orang ditangkap dan telah dibebaskan.. yang tinggal dilaporkan sekitar 50 orang lagi masih ditahan.. KL juga digambarkan huru-hara dengan peristiwa tersebut.. ada yang memberi gambaran sekitar 10k manusia membanjiri KL.. ada yang memberi statistik 30k dan ada media internet yang memberikan jumlah 100k... walau apa jua jumlah yang diberikan ..jumlah sebenar tiada siapa yang mengetahui.. ini kerana tiada sebagrang pendaftaran dibuat juga tiada yang terlalu bangang untuk mengira setiap butir kepala yang hadir.. cuma gambar foto yang dipaparkan dimedia internet terutamanya jelas menunjukkan lautan manusia seumpama konsert arwah Sudirman di Chow Kit waktu saya kecil dahulu..
Perhimpunan ini juga digambarkan dengan pelbagai rupa.. merugikan, bodoh, gila,, mengganggu ketenteraman awam.. merosakkan harta benda dan lain-lain.. Sinar Harian yang memetik pandangan blogger (terpilih) rata-rata membangangkan para demontrat yang berhimpun.. dilaporkan juga 95% daripada demontrat itu adalah Melayu.. para blogger yang menulis juga Melayu.. dengan kata lain..Melayu sendiri yang membangangkan melayu.. Melayu dikatakan bodoh, membuang masa dan tidak tahu apa tujuan sebenar berdemontrasi, terikut-ikut dengan taksub kepentingan politik pemimpin.. sedangkan bangsa lain Cina India berpeluk tubuh memerhati dari jauh.. itulah laporan media..yang kadang-kala condong memainkan isu perkauman dalam memberi komen .. tanpa cuba melihat perspektif lain..
Pada saya, apa yang berlaku pada 1 Ogos adalah satu kegagalan pihak berkuasa dalam memahami dan cuma menggunakan pendekatan 'sekiranya kita tidak berupaya untuk melawan beruang, gunakan kekuatan beruang untuk membunuh dirinya'.. (tidak bermaksud menyuruh membunuh sesiapa atau mencederakan sesiapa..ini hanya satu perbidalan).. sesungguhnya seperti yang telah ditekankan dalam Perlembagaan.. rakyat mempunyai hak untuk berhimpun secara aman.. akan tetapi pihak berkuasa cuba untuk membendung air bah.. dengan menutup jalan, menghalang laluan dan lain-lain .. limpahan air bah itu sebenarnya yang menimbulkan huru-hara..
Akibatnya, dianggarkan kerugian sejumlah 100b, Mydin tanggung kerugian 300k, peniaga jalan TAR rugi dan lain-lain.. perkhidmatan LRT ditutup, termasuklah gedung memberli belah SOGO..
Sememangnya kita tidak mampu untuk membendung kekuatan rakyat untuk berhimpun ini..bayangkan dengan ugutan, larangan dan bermacam cara serta pendekatan dibuat bagi menghalang berlakunya perhimpunan,, perhimpunan tetap berlaku..maka dapat kita terjemahkan bahawa hasrat, iltizam dan semangat demontrat itu terlalu kuat.. ditangkap atau disembur air kimia atau gas pemedih mata dilihat sebagai asam garam perjuangan.. ada pelayar internet memberikan komen terhadap tulisan bekas menteri undang-undang Zaid Ibrahim..sebagai satu pengajran berguna kepada beliau.. disembur dan dimandi dengan water canon serta 'gas menangis'.. namun tindakan itu dilihat tidak pernah melemahkan para demontrat..malah makin menyemangatkan lagi naluri melawan mereka..
Dengan itu.. rasanya phak berkuasa harus melihat demontrasi ini dari sudut yang berbeza.. jangan hanya melihat dari sudut politik dan kepentingan citra politik semata.. ini kerana mahu tidak mahu..media seluruh dunia tetap memberikan laporan walau bagaimana sekalipun ia ditutup..
Apabila ramai yang memberikan komen betapa buruknya tingkah laku berdemontrasi ini..saya ingin melihat ia dari sudut yang lebih positif.. tinggalkan dulu tentang politik.. pada saya sebenarnya jika dengan perancangan yang lebih tersusun dan kawalan yang baik ..demontrasi di KL boleh menjana jutaan ringgit dalam satu hari..tidak ada peniaga yang akan mengeluh kerugian kerana ramainya orang berdemontrasi..
Cuba bayangkan berapa keuntungan LRT dengan kehadiran 50 000 demontrat?? mengapa kita tutup perkhidmatannya..sedangkan sekiranya dibuka ..pastinya LRT akan mengaut keuntungan berpuluh lipat kali ganda dengan kehadiran puluh ribuan manusia..!!! berbanding hari biasa..
Berapa untungnya SOGO dengan kehadiran 50 000 pengunjung ?? dalam satu hari..
berapa untung peniaga kain di jalan TAR ..dengan kehadiran pengunjung berpotensi seramai 50 000 orang.. berapa untung peniaga makanan dan minuman perolehi dengan kehadiran orang seramai itu?? berapa untuk Mydin dengan pengunjung dua tiga kali lipat berbanding hari Sabtu lain?? Tambahan pula ramai Melayu yang telah mula bershopping baju raya???? (diingat demontrat 95% Melayu).. berapa banyak meneral water RM1 dapat dijual .. jika 50 000 botol maka RM50k dapat dikaut hanya pada hari Sabtu sahaja.. berapa banyak kasut yang koyak dan putus sepanjang perhimpunan..terpaksa ditukar baru.. bukankah ini menguntung penjual kasut.. berapa pula untung peniaga pasar malam yang dikatakan rugi (nie meniaga malam ke siang.. perhimpunan pagi siang..rujuk Sinar Harian).. jika purata seorang demontrat berbelanja RM10. maka dengan jumlah 50 000 orang akan menghasilkan RM500k belum termasuk pelanggan biasa..
Dengan kata lain..perhimpunan ini sepatutnya menguntungkan banyak pihak.. pastinya juga keuntungan berlipat ganda daripada Sabtu lain kerana jumlah kehadiran yang terlalu luar biasa daripada biasa.. berapa banyak duit berputar dalam pasaran dan berapa banyak pula ekonomi negara terjana dalam satu hari itu..
Soalnya mengapa ia dilaporkan merugikan dan menghuru-harakan.. rugi dan huruhara kerana kedai ditutup (terpaksa tutup atau dipaksa tutup?).. jalan ditutup tanpa perancangan.. APA BEZANYA PERHIMPUNAN INI DENGAN PERHIMPUNAN SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN???dalam konteks kehadiran orang ramai.. jumlah yang hadir di ambang merdeka dan sambutan merdeka jauh lebih ramai.. dengan persiapan perarakan dan pertunjukkan .. jauh lebih menyesakkan ..akan tetapi mengapa lalulintas dapat dikawal dengan baik.. jalan dapat dilencongkan.. jadi alasan ia mengganggu lalu lintas dan ketenteraman itu sebenar hanyalah asalan lemah yang tiada nilai rasional.. sekiranya diberi laluan yang selesa..rasanya perhimpunan itu hanya akan berlaku tidak lebih 2 jam.. selepas itu para demontrat akan berterabur di KL berbelanja sakan.. hotel dan motel mungkin penuh ditempah ...sapa yang untung?????? 'tepuk dada tanya hati..tepuk kepala pikir ler sendiri'..
Apa pun sebagai pemerhati dan menganalisis.. saya tinggalkan persoalan..kalau keuntungan dapat dijana, mengapa kerugian yang kita cari' ..fikir dan renungkan..
Sekian, wassalam..
Ibnuhassan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan