SHAH ALAM – Kerajaan Negeri didesak untuk mengugurkan Ronnie Liu sebagai ahli Exco kerana tindakannya sering campur tangan urusan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan timbulkan masalah kepada orang ramai.Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali berkata, tindakan yang dilakukan oleh Ronnie sering kali memberi banyak masalah kepada banyak pihak.
“Tindakan terbaru yang dilakukan dengan mengarahkan anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), memulangkan minuman keras yang dirampas.
“Anggota terbabit menjalankan operasi dan mendapati ada peniaga yang melanggar peraturan, maka tindakan diambil, tetapi beliau (Ronnie) kemudianya mencampuri urusan berkenaan, ini adalah tindakan yang tidak wajar,” katanya.
sinarharian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan