Salam,
Mengapa sebahagian rakyat mahu membantah ISA?
Kalau pun ISA dimansuhkan mesti ada lagi perkara2 yg kita tak berpuashati. ..Tunjuk perasaan lagi....mana boleh abis?
Kalau minta kerajaan buat hukum hudud lagi bagus....Insya- Allah! selesai masalah semua....Bukan masalah tahan orang tanpa bicara sahaja, malah masalah penyelewengan, curi, rasuah, rogol dan lain-lain akan terhindar sama...Punca masalah yg aku dan korang nampak adalah tak menjalankan hukuman mengikut Al-Quran dan Hadis, betul tak?... Nak selesai masalah selesailah daripada puncanya...Kalau benar2 ikhlas nak cara Islam?....Islam boleh bersatu dan berpakat...Kan Al-Quran itu sebagai pedoman..Berpakatla h dgn ulamak gubal suatu rang undang-undang Islam dan cadang pada kerajaan...Kalu kerajaan tak nak terima barulah rakyat berhak paksa. Jgn anggap kerajaan itu akan tolak mentah2...Byk benda keislaman telah terbukti kerajaan dapat jalankan.
Ini soal nak menegakkan hudud telah hilang ntah ke mana..pasal dah berkawan dgn puak2 yg tak suka hudud...Jadi perjuangan ke arah mengIslamkan kerajaan sudah jadi tak ikhlas, ...dan sudah tentulah tak akan berjaya..
Aku tak mau bertekak soal ini sebab aku bukan jenis yg suka bertekak..cuma pikir-pikir saja.. TQ
--- In respeks_group@ yahoogroups. com, Roslan Salleh
Aku mmg tak setuju ISA.....sebab bukan cara Islam dan banyak mengzalami, lebih2 lagi bila pemerintah yg tak takutkan Allah dan membelakangkan Islam.
Bayangkan yg dah ditahan berlamaan tu adalah keluarga kit....bagaimana? ??? Nak tangkap, cepat2lah bawa ke Mahkamah, jgn delay-delay. Ini semua bertentangan dgn Islam. Inilah akibat tak mahu ambil Islam keseluruhan, ambil yg untung, tolak yg rasa rugi.....ikutkan nafsu dan setan.
Kita kene benar2 ikut Islam. Memisahkan ahli dari keluarga adalah amat terkutuk, amat dibenci oleh Allah. So sy tanpa ragu2 menolak apa yg dilarang oleh Allah. Islam mesti diyakini 100% dan kena diusahakan. Tidak menyalkini 100%, pls just go and visit to Batu Caves, do not pretend to be a Muslim. Inilah akibat jadi Islam keturunan pd anak bangsa kita......langsung tidak menghargai.
Semoga Allah memberi petunjuk.
Daripada: Asri
Kepada: respeks_group@ yahoogroups. com
Dihantar: Jumaat, 31 Julai, 2009 5:01:33
Subjek: RG09.... ISA Relevan atau tidak
ISA, aku tak setuju kalau akta ini dimansuhkan terus.. tetapi perlu digubal agar tidak digunakan oleh kepentingan politik atau sewenang2nya. Mungkin ada yang tidak setuju apa yang aku utarakan ini.. aku tak kisah apa korang punya idealogi politik.. tapi untuk kepentingan Negara tidak ada komprominya. . kita tak payahlah tengok yg2 jauh, lihat jiran kita di Indonesia, tak payahlah aku nak terangkan mungkin korang sedia maklum.. nak gunakan undang2 yang sedia ada sekarang? Mungkin kita akan jadi macam Indonesia, baru nak kumpul bukti dan kena bom.. jadi fikirlah semasak2nya, bagi aku sesiapa yang berdemonterasi untuk memansuhkan terus ISA esok adalah orang yang singkat pemikirannya. . tetapi kalau berdemonterasi untuk menggesa kerajaan mempercepatkan menggubal semula akta ISA, aku sokong.. dan kerajaan perlu diingat mana2 yang dah ditahan ISA sekarang kalau dah cukup bukti dakwa mereka di Mahkamah.. tapi kadang2 dah kuar ISA pun tak sedar diri juga.. dulu
mana pernah orang mempertikaikan hak bumiputra, mana pernah ada YB yg mempersoalkan pemakaian songkok kat dewan.. sekarang ni macam2 yang timbul.. itulah hasilnya sekarang.. alangkah baiknya kalau Tun Mahathir masih PM Malaysia atau setidak2nya orang yang setegas beliau..
Jadi korang yang lebih cerdik dari aku ni pikirlah, aku bukannya nak kan pro n kontra kat sini, dan aku taknak ini dijadikan isu untuk kepentingan politik masing2 tapi, percayalah.. jangan bila dah hilang kekuatan semuanya baru nak tercari2.
Best Regards
Asri Jani
Intra Oil Services Bhd.
From:respeks_ group@ yahoogroups. com [mailto:respeks_ group@yahoogroup s.com] On Behalf Of JUNHAIRI BIN ABD JALIL
Sent: Thursday, July 30, 2009 5:02 PM
To: pakbelang@yahoogrou ps.com; uitm-melaka@ egroups.com; saujanaku@yahoogrou ps.com; KLmenjerit@yahoogro ups.com; jenaka@yahoogroups. com; Taman2Syurga@ yahoogroups. com; melayucyber@ yahoogroups. com; respeks_group@ yahoogroups. . com; hidayahnet@yahoogro ups.com; KENALAN-ABADI@ yahoogroups. com; smtm96@yahoogroups. com
Subject: RG09... Fw: Cerita pasal Nordin Md Top "tukang bom"
sekadar memanjangkan aje. mungkin ada kebenarannya
Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain
(Hadis riwayat Al-Qudhi)
sebenarnya kekuatan pasokan risikan di indon udah lumpuh kerana utk war2kan demokrasi tulin tapi realiti tidak tulin...dgn ISA dilumpuhkan. ..cuba lihat sejarah indon masa PaK Suharto,tiada/ jarang berlaku bom sana bom sini coz risikan kuat dan dpt hapuskan/serapkan penyangak sebelum bergerak.... sekarang nak selamatkan 1 orang maka ratusan yg maut....cite mengenai Md Top sebagai kambing hitamje.....
Oleh: Tarabulsi_2008
Nordin Md Top rakyat Malaysia yang disyakki stratejis pengeboman Jemaah Islamiah (JI) dan dituduh bertanggungjawab dalam pengeboman dua hotel mewah di Jakarta pada 17 Julai 2009, JW Marriot dan Ritz-Carlton kini terpampang poster-poster gambarnya diseluruh Indonesia.
Selama beberapa tahun dulu seorang lagi rakyat Malaysia bernama Azahari dituduh sebagai tukang bom JI hinggalah Azahari ditembak mati pada tahun lepas.
Sebanyak 302 insiden pengeboman besar dan kecil diseluruh Indonesia dikaitkan dengan Allahyarham Azahari. Kini dah tak boleh tuduh Allahyarham Azahari dituduh pula seorang lagi rakyat Malaysia, Nordin Md Top. Bermacam cerita-cerita yang aneh yang disebarkan pihak berkuasa Indonesia tentang Allahyarham Azahari dan Nordin Md Top.
Kedua-duanya adalah dari kalangan orang-orang terpelajar. Allahyarham Azahari bekas pensyarah universiti sementara Nordin Md Top yang sedang diburu sekarang ini adalah seorang akauntan.
Maka kawan saya di Jakarta berbual-bual dengan orang-orang Indonesia di Jakarta. Dikemukakan soalan kenapa dulu polis Indonesia ambil begitu lama untuk mengesan dan membunuh Allahyarham Azahari. Adakah kerana menuduh rakyat Malaysia itu sesuatu yang "convenient" sebab mudah diterima oleh rakyat Indonesia yang rata-rata minda mereka telah diracuni secara berterusan dengan propaganda anti Malaysia.
Sekarang ini pula pihak polis Indonesia telah umumkan mereka sebenarnya tahu di mana Nordin Md Top berada. Menurut polis Indonesia mereka tahu Nordin Md Top tinggal di kawasan bernama Cilacap di Jakarta. Nordin dipercayai antara beberapa rakyat Malaysia yang memimpin Jemaah Islamiah dan merupakan golongan yang mengatur dan merancang kegiatan pengeboman JI.
Kalau ada beberapa orang rakyat Malaysia yang memimpin unit pengeboman di JI, bermaknanya bila Nordin Md Top berjaya ditangkap atau dibunuh, akan ada lagi rakyat Malaysia yang boleh dituduh melakukan keganasan di Indonesia. Kalau kata pihak berkuasa Indonesia pandai dan cerdik secara jahat - marah pulak.
Selama beberapa tahun pihak berkuasa Indonesia telah mengumumkan mereka tahu di mana Allahyarham Azahari berada, dan setelah hampir 300 peristiwa pengeboman kecilan dan besaran dikaitkan dengan Allahyarham Azahari barulah Allahyarham Azahari ditembak mati. Sekarang nampaknya senario yang sama akan diapplikasikan untuk Nordin Md Top. Yang penting adalah memberi gambaran memang Indonesia punyai "Islamic terrorists" pemimpin-pemimpin terrorists di Indonesia adalah rakyat Malaysia. Bijak. Tapi bijak secara jahat pihak berkuasa Indonesia ni.
Maka kalau polis Indonesia dah tahu jejak dan gerak geri Nordin Md Top kenapa tidak ditangkap, bertanya kawan saya. Setiap kali berlaku pengeboman di Indonesia termasuk pengeboman di Bali akan cepat dituduh Jemaah Islamiah (JI) yang bertanggungjawab, dan hampir kesemuanya dikaitkan dengan rakyat Malaysia sebagai mastermindnya. Mungkinkah motif pihak berkuasa Indonesia adalah untuk sentiasa menuding jari ke arah Malaysia dengan niat memburukkan imej Malaysia setiap kali peristiwa pengeboman berlaku.
Jawab reporter dengan salah sebuah setesyen TV di Jakarta, pihak berkuasa Indonesia tidak punyai motif sedmikian, hanya punyai sangkaan baik terhadap Malaysia.
Soalannya kalau dah tahu Nordin Md Top tinggal di Cilacap kenapa tidak ditangkap? Bertanya kawan saya lagi.
Jawab reporter yang bekerja dengan sebuah setesyen TV Jakarta itu, strateji pihak berkuasa Indonesia adalah menangkap dulu pengikut-pengikut JI yang menjalankan pengeboman itu. Bila kuncu-kuncu dah hampir kesemuanya ditangkap, barulah diburu dan dibunuh bossnya yang datang dari Malaysia. Oh I see, sahut kawan saya dengan ketawa. Kalau betul, memanglah pelik dan bodoh serta banggang strateji yang digunakan oleh pihak berkuasa Indonesia.
Sementara itu pihak polis dan pihak berkuasa Indonesia yang lain telah menyebarkan cerita-cerita karut berbau syirik tentang Nordin Md Top. Kononnya amat susah dulunya hendak menangkap Allahyarham Azahari dan sekarang ini untuk menangkap Nordin Md Top kerana menurut pihak berkuasa Indonesia kedua-duanya rakyat Malaysia ini pakai bermacam ilmu dan tangkal. Kononnya mereka ada ilmu untuk ubah rupa wajah dan menghilangkan diri dengan sekelip mata.
Betulke pihak berkuasa Indonesia menyebar cerita yang karut-marut ini? Ditegaskan memang benar cerita karut tersebut telah disebarkan oleh pihak berkuasa Indonesia. Kalau benar begitu nampaknya polis Indonesia mencari helah untuk menutup ketidak upayaannya untuk menagkap Nordin dengan cepat. Iye tak ye jugak, bila nak tangkap berubah rupa. Baru nak acu senapang atau pistol dah hilang pulak si Nordin. Ha ha ha.
Berita-cerita kesaktian yang syirik semacam ini memang mudah diterima oleh rakyat Indonesia termasuk golongan cerdik pandai. Ilmu hitam atau yang disebut "ilmu guna-guna" di Indonesia merupakan sub-culture ramai orang Indonesia yang masih kuat berpegang dengan kepercayaan karut marut agama asal mereka iaitu agama Hindu. Umpamanya patung-patung bertaburan diseluruh Indonesia.
Nampaknya pihak polis Indonesia yang tidak berupaya membuat apa-apa berselindung disebalik tuduhan terhadap rakyat Malaysia dan cerita-cerita kesaktian rakyat Malaysia tersebut untuk menutup impotensi pihak polis. Menuding jari ke arah Malaysia mudah dipercayai oleh rakyat Indonesia yang minda mereka diracuni secara berterusan untuk membenci Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan