
Dalam sidang media hari ini, Pesuruhjaya PAS negeri Datuk Dr Hassan Ali berkata pengharaman itu melibatkan Muslim sahaja tidak mencanggahi hak bukan Islam untuk mengambil arak.
Ditanya sama ada cadangan itu adil kepada bukan Islam yang tinggal di kawasan majoriti Muslim, ADUN Gombak Setia berkata mereka terpaksa bergerak untuk membeli minuman itu - MalaysiaKini
Penulis tersenyum sinis kerana :-
Kenapakah PAS baru mengeluarkan kenyataan seperti di atas sedangkan Pakatan Rakyat sudah memerintah negeri Selangor lebih setahun lamanya?
Kenapa sekarang?
Mahu tak mahu, kita akan beranggapan bahawa kenyataan PAS itu tidak ikhlas dan bermotifkan politik dan Pilihanraya kecil Permatang Pasir ditafsirkan adalah penyebab utama di atas 'keberanian' parti PAS.
Parti PAS tahu bahawa isu-isu yang berlaku di Selangor seperti percambahan pusat-pusat hiburan dan arak akan didedahkan oleh parti lawan semasa di Permatang Pasir kelak. Kerana pendedahan itu, parti tersebut yang juga merupakan komponen penting di dalam Pakatan Rakyat di Selangor jelas menunjukkan bahawa mereka telah gagal untuk memperjuangkan tuntutan Islam yang mereka laung-laungkan selama ini.
Bahasa ringkas, tindakan parti PAS itu seperti 'cover line cantik punya' sebelum mereka di persoalkan oleh penduduk Permatang Pasir dan ianya ternyata sekali!
Dan tatkala berkempen nanti di sana, penceramah-penceramah PAS akan mendabik dada kononnya mereka berani, sanggup berputih mata dan melawan arus di dalam Pakatan Rakyat demi agama Islam!
Tentu pihak PAS dan penyokongnya mempunyai seribu satu alasan untuk menegak benang yang basah tetapi timing kenyataan PAS Selangor itu dikeluarkan sangat mencurigakan dan pasti disebabkan oleh motif politik!
Dari perspektif yang lain pula, PAS dan penyokong-penyokongnya akan berfikiran yang sama jika tiba-tiba parti UMNO mengeluarkan kenyataan agar pusat-pusat hiburan dan arak di negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional (BN) ditutup dengan segera.
Parti PAS akan mencanangkan tindakan BN itu sebagai menipu rakyat, bermotifkan politik dan tidak ikhlas di setiap ceramah yang akan diadakan di Permatang Pasir!
Tetapi masaalahnya, negeri-negeri yang diperintah oleh BN tidak pula mempunyai isu pusat-pusat hiburan yang tumbuh seperti cendawan selepas hari hujan ! Negeri Selangor sahaja yang melaporkan kenaikan pusat-pusat hiburan yang mendadak dan ianya tidak termasuk pusat-pusat hiburan yang haram!
Malah Parti PAS Selangor boleh pula berkompromi mengenai perjuangan Islam mereka dengan mengatakan bahawa 'tidak apa ada arak kerana tidak bercanggah dengan hak mereka'!
Di manakah perjuangan asal parti PAS selama ini? Di manakah hukum hudud dan negara Islam yang mereka laung-laungkan?
Penulis mentafsirkan bahawa parti PAS baru sedar bahawa negara majmuk seperti negara Malaysia mempunyai acuannya yang sendiri dari segi mentadbir negara. Dalam masa yang sama, perjuangan untuk menegakkan syariah Islam masih boleh dijalankan dengan jayanya seperti hari ini di bawah pemerintahan Barisan Nasional.
Cuma parti PAS baru tersedar tetapi di atas usaha untuk mendapatkan kuasa politik, parti tersebut sanggup berlakon.
at 8/05/2009 09:00:00 AM
Labels: Pas. UMNO.
3 komentar:
Anonymous said...
bee n memerintah 50 tahun dah kilang arak sama banyak dengan masjid,pemimpin bee n tunggang langgang minum beer bukan arak..kata meka, kita ada akhirat sama-sama jawab disana..disini sapa pun boleh kata nu kata ni..PAS ada dasar yang jelas... kalau berani kita debat. hukum mana yg tinggi ..hukum AlLah atau hukum Lord Reed.
August 5, 2009 10:09 AM
Anonymous said...
Balik2 skrip yang sama jer bila ada pilihanraya kecil.
PAS – suruh gugurkan YB Ronnie
DAP – akan ugut nak keluar dari pakatan
PKR – Bang Nuar akan panggil mesyuarat
BN – akan kata pakatan dah goyang
klimaksnye : Semuanya selesai atas muafakat cara pakatan selepas bang Nuar panggil mesyuarat. Last2 sekali dikatakan ni semua konspirasi BN.
Tukar2 le skrip sket. Tambah makhluk asing dari planet Marikh ke aper ke. Dah selalu sgt la skrip ni digunakan. Panel skrip kena lebih kreatif supaya penonton tak kebosanan serta boleh mengagak kesudahan skrip ni.
August 5, 2009 10:53 AM
Anonymous said...
Salam Perjuangan.
Sebenarnya saya sedikit pelik, kenapa tidak ditutup terus je kedai arak di Selangor dan Kedah. Bukankah itu teras perjuangan PAS dahulu. Kalau masih ada ada kompromi dengan kaum lain itu dah lama di buat oleh BN. So apa bezanya....Wallahualam
3 ulasan:
Kenapa Nik Aziz senyap pasal isu arak dan 4,000 lesen kegiatan haram di Selangor ni?Mungkin Nik Aziz patut pertimbangkan tawaran berlakon di Bollywood.Kerana tidak bersuara,ini menunjukkan Nik Aziz setuju dengan arak dan maksiat. Malah Ronnie Liu boleh mengeluarkan kenyataan di media bahawa beliau lebih berkuasa daripada MBSA di Selangor.Syabas kepada semua yang memilih PR.Ini baru 3 negeri dah mula tunjuk samseng dan tidak hormat agama ISlam. PRU 13 nanti, kita undi lagi PR supaya negara kita akan huru-hara.
kpd anonymous 4.8.09 10.57 PM:
Datang PRU 13 saya akan undi Pakatan sekali lagi. Dibawah Pakatan saya dan seluruh rakyat Selangor (termasuk saudara ke?) dapat free air 10 mpadu. Walau pun jumlah ini kecil lebih baik daripada dibawah BN bagi rakyat biasa 1 sen pun tak dapat. Huruhara? Tak akanlah. Dunia dah berubah. Masa dah berubah. Huru-hara berlaku cuma oleh pengikut BN - tiada lagi kontrak-kontrak lumayan. Kah! Kah! Kah!
PAS bukan berlakon.. tapi adalah respon dari apa yang berlaku di Seksyen 8 shah alam baru baru ini... isu MBSA rampas arak dari 7-11
Cuba baca dari awal .. jangan masuk terus di tengah...
Catat Ulasan