Kami di BBRM dah buat beberapa kajian rambang sejak sebulan yang lalu. Kami dapati kira-kira 62% rakyat Malaysia sebenarnya menyokong ISA dikekalkan, hanya 34% mahu ia dimansuhkan, dan baki 4% berkecuali.Anwar Ibrahim, Hadi Awang dan Lim Kit Siang telah tersilap perhitungan, pendekatan demonstrasi jalanan adalah budaya politik di AS, ia tidak sesuai di Malaysia melihat kepada ketegangan dan masalah yang akan disebabkan olehnya kelak.
Perlu diingatkan, di AS juga sebenarnya tidak bebas, mesti ada permit, perhimpunan tanpa permit adalah haram. Di Singapura langsung tak boleh ada sebarang demonstrasi. Kenapa DAP-PAP Malaysia mahukan keistimewaan sedang di Temasek lansung tak boleh?Jadi penganjur demonstrasi jalanan untuk reformasi @ 'Mansuh ISA' di Malaysia tidak jujur, dari mana mereka dapat idea dan rujukan? Muhammadiyah Indonesia barangkali? Atau dari CIA? Atau hanya ilusi Anwar Ibrahim yang bosan kerana dah bebas agak lama!
Sewaktu berada di Washington DC iaitu di sekitar akhir tahun 1970'an dan awal 80'an, saya dan rakan-rakan 'Malaysians' , Indonesians, Arabs, Palestinians, Turkist dan Persians dari American Muslims Council pernah acapkali menganjurkan demonstrasi di hadapan Rumah putih dan The Capitol. Semuanya ada permit. Motif: Untuk membuka mata rakyat Amerika dan Dunia, terutama para pembuat dasar dan ahli Kongres terhadap kekejaman dan kezaliman Raja Shah Redza Pahlavi terhadap rakyat Iran. Kami pada waktu itu menyokong perjuangan Ayatollah Rohullah Khomeni. Di sana permit perlu dipohon 3 bulan sebelum tarikh perhimpunan.
Dalam hal ini GMI dan Ketua-Ketua partai politik Pembangkang dan jenteranya perlu dipersalahkan kerana mereka sengaja menganjurkan demonstrasi jalanan tanpa permit. Bukan sekali, telah banyak kali sejak tahun 1998. BN mendapat undi terburuk kerana kebebasan berdemonstrasi telah diberikan berleluasa dan PDRM terlalu berlembut.
Tindakan sengaja menyalahi undang-undang adalah perbuatan jenayah, dan penjenayah politik sebegini sepatutnya disimpan lama dalam cell kerana mereka adalah parasit dan pengkhianat negara lantaran tidak menghormati undang-undang negara sendiri.
Mengikut undang-undang Malaysia berkumpul lebih 5 orang sudah dianggap sebagai perhimpunan haram, salah dan mesti segera disuraikan, itu tugas PDRM.
Justeru, undang-undang itu tidak zalim, kerana ia bertujuan baik untuk mengekang kegiatan subversif dan menjaga ketenteraman awam. Yang zalim adalah manusia yang sengaja melanggarnya!
For a better view on Malaysian Politics and Government please surf:
www.demokratgroupma laysia.blogspot. com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan