SELAMAT DATANG

Ahad, 2 Ogos 2009

Kekejaman POLIS : 1 Malaysia dikutuk 1 Dunia

Tindakan polis yang menggunakan kekerasan melampau untuk “mengganggu” dan menggagalkan perhimpunan aman Gerakan mansuhkan ISA semalam dikutuk hebat oleh media massa antarabangsa.

Gas pemedih mata yang dilepaskan bertalu-talu di Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Raja Laut dan Jalan Dang Wangi tidak dapat melumpuhkan semangat rakyat yang menjayakan perhimpunan.

Satu dunia terkejut dengan tindakan polis Malaysia yang dianggap “barbarian” dan masih kolot di dalam dunia globalisasi yang telah maju dan tindakan polis sedemikianlah yang menakutkan pelabur asing untuk melabur di negara ini.

Agensi berita AP menyatakan tindakan polis yang bertindak kasar ke atas peserta demontrasi semalam akan merosakkan sokongan ke atas Najib sebagai Perdana Menteri yang telah mengambil-alih kuasa pada April lalu dan menunjukkan beliau sebagai seorang pemimpin yang tidak mengindahkan suara rakyat terhadap isu-isu seperti hak asasi manusia dan kebebasan bersuara.

Ia juga menunjukkan keangkuhan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein yang mengulangi kesilapan bekas Menteri terdahulu, yang bertanggungjawab mengarahkan pihak polis mengambil tindakan tegas ke atas para peserta perhimpunan ditambah dengan sikap Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan dan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Sabtu Osman yang selama ini dilihat bertindak menjadi polis yang menjaga dan mengampu kerajaan UMNO BN dan bukan keselamatan rakyat.

“Perhimpunan berjalan dengan aman tetapi telah dikacau dan diganggu oleh polis yang bertindak sewenang-wenangnya ke atas rakyat dengan provokasi melampau,” demikian tegas Ketua Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang.

Menurut laporan Al-Arabiya News Channel pula menyatakan tidak kurang 5,000 anggota polis termasuk FRU telah menahan dan menangkap ratusan peserta demonstrasi di beberapa lokasi termasuk di dua masjid dan kompleks membeli belah.

Berita itu yang memetik kata-kata YB Siti Mariah Mahmoud, dari PAS, yang mengkritik penahanan para peserta perhimpunan sewaktu para peserta ingin memasuki masjid.

“Amat tidak wajar. Ini waktu solat dan tindakan ini adalah melampau dan menghalang orang dari menunaikan tanggungjawab untuk mendirikan solat,” katanya.


2 ulasan:

org memali berkata...

kalau dah tahu ,waktu solat dah nak masuk kenapa masih mendahului kerja2 sebegini daripada solat .Jgn jadikan dosa untukmenutup dosa yg lain .Islam juga tidak menyuruh memperjuangkan benda yg memudaratkan tanpa melakukan perbincangan terlebih dahulu . tidak ramai rakyat yg bertaraf ulama tapi ramai rakyat yg alim .kebanyakan yg meyertai perarakan adalah org melayu yg beragama islam tapi mempunyai pemikiran dan tingkahlaku yg amat menyedihkan .rata2 pemimpin yg mencari kuasa jalanan adalah ilmuan2 sederhana yg sukar berfikir dgn matang malah ada yg pemikiran hanya dikepala lutut -tidak sampai ke otak. kamu hanya diketawakan olih musuh2 kamu yg merupakan 'kawan' seperjuangan kamu . Yg menjadi mangsa adalah pengikut2 yg kurang pemikiran , pemimpin ada yg lintang pukang kecuali mereka yg sentiasa mempermainkan undang2.

Tanpa Nama berkata...

kepala hotak ko org memali

Blog Yang Saya Lawati

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails