SELAMAT DATANG

Isnin, 3 Ogos 2009

CUKUP SETAHUN PERJUANGAN PAK TANI KEDAH BERJAYA

Harga lantai padi di Kedah ditetap RM1,100

ALOR SETAR 3 Ogos - Pesawah di negeri ini bakal menikmati kadar jualan padi yang lebih tinggi pada musim ini apabila harga lantai padi dipersetujui ditetapkan RM1,100 satu tan metrik.

Pengerusi Penyelaras Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Ahmad Radin berkata, harga minimum padi itu naik sebanyak RM30 berbanding RM980 pada musim lalu.

Katanya, persetujuan itu dicapai menerusi satu pertemuan antara pihaknya dengan pengilang-pengilang beras bumiputera dan swasta di seluruh Kedah serta wakil Syarikat Padiberas Nasional Bhd. (Bernas) di sini pada 22 Julai lalu.

"Hasil daripada perbincangan tersebut, pengilang beras dan Bernas bersetuju untuk membeli padi pada musim I 2009 dengan harga tersebut berikutan hasil pengeluaran yang elok," katanya di sini semalam.

Ahmad berkata, menerusi pertemuan itu juga, para pengilang beras dan Bernas turut menyatakan kesediaan untuk membeli padi dengan harga yang lebih mahal jika hasil yang dikeluarkan bersih dan bermutu tinggi.

Katanya, persetujuan yang dicapai itu merupakan satu berita baik kepada para pesawah di negeri ini dan pihaknya akan memaklumkan secara rasmi kepada semua ahli 27 PPK MADA mengenai keputusan itu.

"Berikutan berita gembira ini, kami berharap pesawah akan meningkatkan usaha agar hasil pengeluaran padi akan berlipat kali ganda pada musim akan datang," ujarnya.


Petani di Kedah gesa kerajaan selaraskan harga padi


Gesaan Pak Tani kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato' Mustapha Mohamad di pejabat kementerian berkenaan pada 4 Ogos 2008 yang lalu telah berjaya

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Hrkh) - Badan Bertindak Petani-Petani Kedah (BBPPK) menggesa kerajaan menyelaraskan harga padi di Kedah seperti di negeri Selangor dan Perak.

Jawatankuasa BBPPK yang datang mengadu ke unit editorial Harakah memaklumkan bahawa mereka telah menyerahkan memorandum menuntut penyelarasan harga tersebut bersama 2000 tanda tangan petani di seluruh Kedah kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato' Mustapha Mohamad di pejabat kementerian berkenaan pada 4 Ogos lalu.

BBPPK diwakili oleh Mohamad Fuad Yaakob, Abdul Halim Salleh dan Ustaz Mohamad Saufi Zakaria. Turut mengiringi penyerahan memorandum ialah Yang DiPertua PAS Putrajaya, Ustaz Nazir Zakaria.

Memorandum tersebut turut diserahkan kepada Perdana Menteri dan diterima oleh Setiausaha Sulit Kanan Perdana Menteri, Dato' Ahmad Yaacob.

Menurut Mohamad Fuad, pesawah di Kedah menuntut harga yang sama seperti di Selangor berdasarkan beberapa faktor.

Antaranya, pengilang-pengilang padi di Kedah mendapat pulangan kitaran yang sama iaitu 60 peratus sehingga 63 peratus kepala beras bagi setiap 100 kilogram padi yang dikisar.

Selain itu katanya, pengilang-pengilang pada di Kedah masih mampu membayar insentif kepada pengusaha-pengusaha lori di antara RM 40 sehingga RM 50 satu tan metrik.

Katanya, berdasarkan harga belian padi di Kedah RM 950] satu tan matrik pengilang di negeri itu mampu memperolehi keuntungan sebanyak RM586.06 bagi setiap satu tan matrik padi yang dikisar.

Tambahnya pengilang -pengilang di Selangor masih mampu untuk mendapatkan keuntungan sebanyak RM 296.06 untuk satu tan matrik padi yang dikisar dengan harga belian padi RM1240.00 satu tan matrik.

Beliau juga menyebut antara faktor lain pesawah di Kedah menuntut harga padi yang sama di Selangor kerana jumlah kerugian terkumpul bagi 72,000 orang pesawah di kawasan MADA berjumlah RM140.6 juta semusim akibat daripada perbezaan harga ini.

"Kos usaha sawah telah meningkat iaitu antara RM 1300.00 sehingga RM1400.00 bagi setiap 0.2878 hektar (satu relong) telah membebankan pesawah di sini.

"Berdasarkan pendapatan purata pesawah RM300.00 bagi setiap 0.2878 hektar pesawah-pesawah di sini hanya mampu memperolehi pendapatan RM1500.00 semusim iaitu RM 300.00 sebulan,"katanya.

Sehubungan itu, beliau yang mewakili pesawah-pesawah lain mengharapkan kerajaan memenuhi tuntutan mereka, tambahan pula sekarang sudah masuk musim menuai. - mks






Tiada ulasan:

Blog Yang Saya Lawati

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails