SELAMAT DATANG

Selasa, 4 Ogos 2009

KEJAHILAN MEMAHAMI PERUNDANGAN MENYEBABKAN RAMAI ORANG MELAYU MAHU ISA DIMANSUHKAN

SAAD NOORDIN

Relevankah tindakan mereka merusuh di jalanan Kuala Lumpur kerana mahu ISA dimansuhkan? Amat jelas mereka diperalatkan oleh pemimpin parti pembangkang yang mempunyai agenda tersendiri, terutama sesiapa yang menyokong perjuangan Parti Komunis Malaya (PKM). Amat sedih sekali apabila remaja bangsa Melayu turut berdemontrasi dengan berkelakuan paling biadap, dan mereka tidak sedar bahawa mereka dijadikan sebagai senjata komunis yang mahu ideologi parti itu dihidupkan kembali di Malaysia.

Paling mendukacitakan ialah remaja yang terbabit terlupa selama ini. Sejak dari dalam perut ibu, mereka dijaga oleh kerajaan yang memerintah pada hari ini dalam seluruh bidang kebajikan, termasuk persekolahan. Di sini amat jelas ideologi komunis telah digunakan oleh pemimpin parti pembangkang untuk menggugat kuasa kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak. Suntikan ideologi komunis yang tidak disedari mereka yang terbabit dalam demontrasi itu tidak sepatutnya berlaku jika pemimpin parti pembangkang mempunyai rasa taat setia kepada negara ini. Kerana tidak ada rasa taat dan jauh sekali kesetiaan kepada negara, maka, pemimpin pembangkang sanggup mengunakan ideologi komunis dalam menggugat keamanan negara seperti apa yang pernah dilakukan PKM ketika Zaman Darurat dahulu.

Keadaan tersebut kini mahu dibangkitkan semula dengan mendalangi demontrasi seperti mendesak Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dihapuskan. Peranan yang dimainkan oleh parti pembangkang, seperti DAP sebelum ini dengan mencetuskan HARTAL di Pulau Pinang dan peristiwa berdarah 13 Mei masih tidak mampu menyedarkan Orang Melayu. Dalam melaksanakan agenda DAP, Melayu dalam parti Keadilan dan PAS sanggup melupakan dua peristiwa besar itu yang sepatutnya tidak berlaku jika DAP mempunyai semangat cintakan negara ini.

Tidak keterlaluan jika dikatakan ideologi komunis kini sudah menular dalam jiwa mereka yang berdemontrasi di jalanan Kuala Lumpur yang bertujuan supaya negara dilihat seolah-olah berada dalam keadaan tidak tenteram. Pihak berkuasa keselamatan perlu tegas dalam menghalang usaha dalang-dalang yang ditunjangi fahaman komunis. Tindakan tegas dengan menggunakan ISA dalam mengamankan negara adalah untuk membendung cetusan yang cuba dibawa penyokong parti-parti pembangkang yang tidak mempedulikan keselamatan masyarakat lain ketika berdemontrasi.

Imej buruk yang ditunjukkan pemimpin dan penyokong pihak pembangkang dalam tindak tanduk berdemontrasi mahukan ISA dimansuh perlu dijadikan sebagai kayu pengukur dan penilaian rakyat semua kaum di negara ini. Adakah kepimpinan seperti itu yang kita mahukan menerajui Malaysia? Kepada pemimpin berbangsa Melayu yang turut dalam demontrasi itu -sedarlah apa yang berlaku dalam peristiwa 15 hari PKM bermaharajalela - membunuh dan menyeksa rakyat tanpa mengira kaum. Perlukah sejarah itu diulangi kembali? (Surat Pembaca, BERNAMA)

## Sabda rasulullah saw; Sesiapa yang melihat kemungkaran hendaklah diubah dgn tangannya sekiranya tidak mampu hendahlah diubah dengan lidahnya sekiranya tidak mampu hendaklah diubah dengan hati yang demikian itu adalah selemah-lemah iman".

Berdemontrasi hukumnya wajib kerana ISA adalah kemungkaran yang amat nyata apabila taraf insan direndahkan ke tahap binatang yang dikurung tanpa ada apa-apa perbicaraan.

Kezaliman ISA adalah nyata, apabila tahanan diseksa, disoal jawab tanpa mengikut aturan agama ditendang, disepak dan sebagainya yang langsung tidak mengikut aturan ajaran agama. JAKIM khususnya Majlis Fatwa sila fatwakan dengan Nas yang jelas semua perkara tadi dibenarkan oleh agama. Inat bahawa kamu semua akan mati, kamu akan dipersoalkan setiap apa tindakan yang telah dilakukan oleh kamu. Kami telah melaksanakan tanggungjawab kami sekadar kemampuan kami.

Dah berpuluh tahun kami menentang ISA dari dilaksanakan, hatta Guru kami asy-Syahid Ibrahim Libya dibunuh gara-gara ISA yang zalim, kenapa setelah sekian lama baru nak dikaji ISA ini, apabila tersentak bahawa kami akan turun berdemontrasi 100 ribu rakyat memohon agar ISA dimansuhkan.......SEDARLAH RAKYAT MALAYSIA, peniaga-peniaga di Jln TAR dan sesiapa sahaja .... kita jgn hanya tahu mementingkan perniagaan duniawi kita sahaja, hartabenda dunia akan kita tinggalkan...hanya amal bakti, tugas dan amanah sebagai khalifah agar segala hukum Allah dilaksanakan sahaja yan boleh menyelamat dan menguntungkan kita. Kita menentang hukum atau undang-undang yang tak selari dengan ajaran agama yang Mulia ini. Firman Allah; Sesiapa yang mengambil selain dari Islam sebagai Deen (Cara hidup, Sistem dan agama)maka tidak diterima dan di akhirat ia termasuk dikalangan orang yan rugi.

Kalau kita bersolat sekalipun tapi solat yang tak sempurna neraka wail lah tempatnya. Kalau solat yan tak lekang lidah menyebut Allah itu pun boleh ke neraka maka apatah lagi sekira Islam yang kita anuti ini tak sempurna. Kita redha dengan pemimpin yang lari dari hukum Allah, yang tak pernah terpikir nak laksana hukum Allah tetapi lebih mengutamakan hukum binatang seperti ISA maka tunggulah kerugian yan amat memedihkan kita di akhirat kelak. FIKIRKANLAH!


Tiada ulasan:

Blog Yang Saya Lawati

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails