SELAMAT DATANG

Selasa, 4 Ogos 2009

PERGHHH.... POWERNYA POLIS MALAYSIA NI...

Bismillahirahmannirahim..



Ramai yang terkejut dengan pengedaran video misteri diatas kononnya berkaitan dengan "kematian misteri" Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock baru-baru ini. Biarpun ada yang mengesahkan itu bukan video mendiang Teoh Beng Hock, namun ramai juga yang menyatakan sebaliknya. Biarpun berbagai spekulasi dan tanggapan yang dilakukan oleh orang ramai, namun bagi kami "Apakah ini caranya siasatan polis dilakukan terhadap tertuduh"?.

Apakah dengan cara membelasah, memijak, menendang, menumbuk dan memperlakukan mereka seperti binatang iai dianggap sebagai "siasatan kes"?. Jika inilah caranya, maka terdapat besar kemungkinan yang Teoh Beng Hock turut mengalami senario yang sama seperti dalam paparan video di atas. Apapun enkues terhadap kes kematian Teoh masih dijalankan. Biarpun mendapat tentangan dari berbagai pihak termasuk keluarga beliau sendiri tentang cara siasatan kes itu. Namun, kerajaan UMNO dan BN berhak untuk melakukan apa sahaja.

Apa yang lebih penting ialah kemelut yang melanda rakyat dalam kes ini dapat diselesaikan secepat mungkin. Penemuan bukti DNA pada talipinggang dan baju mendiang juga kemungkinan besar memperkukuhkan lagi teori yang beliau dibelasah sebelum terbunuh seperti dalam video diatas. Namun begitu, jika inilah caranya siasatan yang dilakukan terhadap saksi dalam kes -kes tertentu selepas ini maka kami yakin ramai orang yang amat takut dan gentar untuk menjadi saksi.

Apakah mendiang Teoh salah seorang daripada mereka yang diperlakukan sedemikian rupa. Biarpun video diatas dilihat saeolah-olah bukan Teoh Beng Hock, namun harus diingat bahawa mereka yang terlibat dalam adengan itu adalah rakyat Malaysia. Soalnya, saiapakah mereka sebenarnya? Apakah pegawai polis atau SPRM. Tindakan membelasah saksi dan mangsa seperti digambarkan jelas sekali membuktikan senario seperti ini memang berlaku dalam negara kita.

Oleh itu, rakyat perlu bangkit untuk memperbetulkan keadaan ini. Lakukan perubahan dalam pilihanraya akan datang supaya mereka yang benar-benar bertanggungjawab dan faham tentang undang-undang serta perlembagaan diberi kuasa untuk melaksanakan tugasannya. Jika tidak, sudah pasti rakyat yang tidak berdosa akan terus dibelenggu dengan berbagai tindakan, kezaliman dan keganasan pihak kerajaan sendiri.


[Soalnya sekarang, dalam kes Teoh Beng Hock ini apakah benar beliau dibunuh, membunuh diri atau pun terbunuh sebenarnya?. Berbagai spekulasi timbul kini, malah ada yang percaya yang beliau memang dibunuh sebelum diletakkan ditempat dia ditemui. Alasan yang diberikan, manakan mungkin orang jatuh dari bangunan tinggi tidak terdapat kesan kederaan luaran dan percikan darah pada mayatnya. Malahan, tubuh badan dan kepalanya juga tidak retak atau pecah.

Sedangkan selepas kejadian itu, terdapat seorang pelajar sebuah IPT di ibu negara ditemui mati dan kepala bersepai bila terjatuh dari bangunan tempat tinggalnya. Begitu juga dengan seorang pelajar yang terbunuh ketika melakukan aktiviti sukan lasak di sebuah sekolah baru-baru ini. Jatuh atas simen akan menyebabkan banyak kesan dan tanda. Tetapi ia tidak berlaku kepada mendiang Teoh Beng Hock. Apapun, hanya pembaca sendiri yang dapat menilai apakah video yang kami paparkan di atas adalah Teoh Beng Hock atau sebaliknya. Satu siasatan rapi perlu dijalankan untuk mengesahkan video ini, sama seperti kes "Pita Video Linggam" dulu. Soalnya, siapakAh yang wajar melakukan ini semua? ].
(CF - Pahang Daily Online)

Tiada ulasan:

Blog Yang Saya Lawati

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails