SELAMAT DATANG

Selasa, 4 Ogos 2009

H1N1 : PAS PUTRAJAYA SERU ORANG RAMAI SOLAT HAJAT TOLAK BALA

PUTRAJAYA, 4 OGOS 2009 - Mengambil kira jumlah korban akibat virus selesema babi atau influenza A (H1N1) meningkat kepada tujuh orang hari ini, Pas Putrajaya meminta masyarakat Islam dalam negara dan di seluruh dunia mengadakan solat hajat serta doa tolak bala bagi memohon perlindungan daripada Allah supaya wabak Influenza A (H1N1) tidak menular dan dapat dikawal.

YDP Pas Kawasan Putrajaya Ust Mohamad Nazir Zakaria berkata, "Kita perlu pelbagaikan usaha untuk menangani wabak Influenza A H1N1 khususnya di sekolah-sekolah disekitar Putrajaya ini; usaha seperti membuat pemeriksaan suhu badan setiap pagi kapada warga sekolah, melaksanakan penjagaan kebersihan seperti mencuci tangan, mendidik penjagaan kesihatan diri kepada murid, menjaga kebersihan tandas, dapor , bilik darjah serta kawasan sekolah."

"Apa yang lebih penting ialah amalan-amalan keagamaan juga jangan diabaikan untuk memohon perlindungan kepada Allah Subahanahu Wa Ta'ala seperti membaca doa setiap pagi. Kita seharusnya memandang serius penularan wabak tersebut dengan begitu cepat sehingga mengakibatkan tujuh menjadi mangsa sehingga hari ini."

"Melihat kepada situasi itu kami berpendapat adalah perlu pihak yang berwajib seperti JAKIM, JAWI, JAIS, pihak sekolah, Jabatan-Jabatan Kerajaan mengarahkan orang ramai mengadakan Solat hajat dan solat tolak bala disamping qunut nazilah untuk menangani penularan H1N1 yang begitu membimbangkan sekarang,tambahnya lagi.



Tiada ulasan:

Blog Yang Saya Lawati

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails