
Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, mereka menyambut baik cadangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Tun Razak bahawa kerajaan bersedia mengadakan lokasi khas bagi membolehkan penunjuk perasaan menyuarakan pandangan tanpa mengadakan demonstrasi jalanan.
“Jika benar saranan Najib, kita mahu menganjur aktiviti tersebut di stadium di Bukit Jalil dalam masa terdekat ini, dan kita percaya perhimpunan tersebut akan lebih besar daripada apa yang berlaku pada Sabtu lepas,” katanya.
Mengulas mengenai kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang mendakwa kerugian berhubung dengan perarakan tersebut mencecah RM200 juta, Salahuddin berkata kenyataan pemimpin UMNO itu bermotif politik.
“Saya tidak percaya kerugian tersebut mencecah RM200 juta, malah saya merasakan perniagaan di kawasan tersebut lebih baik kerana kehadiran ramai penyokong perarakan tersebut,” katanya.
Seorang lagi Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar mahu Najib mengotakan janji dengan membenarkan pihaknya untuk menganjurkan perhimpunan di stadium.
”Kita (Pakatan) akan adakan perhimpunan yang lebih besar selepas ini, kita harap dia (Najib) akan laksanakan apa yang dijanjikannya.
”Kita akan mohon untuk adakan perhimpunan di Bukit Jalil. Kita harap Perdana Menteri akan bagi kelulusan. Jangan beliau (Najib) beri alasan pula ketika itu,” katanya.
1 ulasan:
This was what Anwar said about the ISA on 24 May 1994 when he was Deputy Prime Minister while officiating a "Mesyuarat Agung Antarabangsa ke 27, Majlis Ekonomi Lembangan Pasifik (PBEC)" in Kuala Lumpur, Anwar Ibrahim said:
“Walaupun keadaan dalam negara sekarang adalah baik, namun tidak dapat dinafikan kemungkinan berlakunya ketegangan. Dalam keadaan seperti itu kebijaksanaan untuk mempertahankan ISA adalah perlu demi keamanan negara. Adalah tidak wajar untuk menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang terbukti berkesan membawa keamanan dan kemakmuran di negara ini.”
On 28th Oktober 1987, Anwar's statement when he was Education Minister on the arrest under ISA of both BN and Opposition members during Operation Lallang:
“The goverment’s decision to ban all public rallies showed that it placed national security above the aspirations of certain politicians and political parties…..The government’s actions were carefully planned and placed priority on national interest not that of any particular group. There can be no compromise on national security in a multiracial country like ours.”
Fast forward to 1st August 2009, this is what Anwar Ibrahim defacto Opposition Leader and wannabe PM said in the anti ISA demonstration:
“We gather today to fight a cruel law under a cruel administration..”
Catat Ulasan